Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Pengecualian
Semua jentera yang didaftarkan dengan Ketua Pemeriksa, dengan nombor pendaftaran dan perihalan yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2) Jadual, atas nama
Petronas Gas Berhad – Terminal Eksport (Tanjung Sulong Export Terminal), Kemaman,
Terengganu yang telah dikeluarkan perakuan kelayakan, adalah dikecualikan daripada persediaan yang dikehendaki di bawah perenggan 17(b) Peraturan-Peraturan
(Pemberitahu, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970
[P.U. (A) 43/1970] bagi pemeriksaan ulangan yang berikutnya selepas habis tempoh perakuan kelayakan itu pada 15 Julai 2015.