Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH KILANG DAN JENTERA (PENGECUALIAN KEPADA POLYPROPYLENE (M) SDN. BHD., KUANTAN, PAHANG) 2011
Seksyen 2
Pengecualian
Semua bejana tekanan tidak berapi yang didaftarkan dengan Ketua Pemeriksa, dengan nombor pendaftaran dan perihalan yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2)
Jadual, atas nama Polypropylene (M) Sdn. Bhd., Kuantan, Pahang yang telah dikeluarkan kepadanya perakuan kelayakan, dikecualikan daripada persediaan yang dikehendaki di bawah perenggan 17(b) Peraturan-Peraturan (Pemberitahu, Perakuan
Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970 [P.U. (A) 43/1970] bagi pemeriksaan ulangan yang berikutnya selepas habisnya tempoh perakuan kelayakan itu pada 1 April 2011.