Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Pengecualian
Semua jentera yang didaftarkan dengan Ketua Pemeriksa, dengan nombor pendaftaran dan perihalan yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2) Jadual, atas nama
Shell MDS (Malaysia) Sdn. Bhd., Bintulu, Sarawak yang telah dikeluarkan perakuan kelayakan, adalah dikecualikan daripada persediaan yang dikehendaki di bawah perenggan 17(a) dan (b) Peraturan-Peraturan (Pemberitahu, Perakuan Kelayakan dan
Pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970 [P.U. (A) 43/1970] bagi pemeriksaan ulangan yang berikutnya selepas habis tempoh perakuan kelayakan itu pada 18 September 2014.