Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH KILANG DAN JENTERA (PENGECUALIAN PERAKUAN KELAYAKAN BAGI MESIN ANGKAT) 2015
Seksyen 3
Syarat pengecualian
Pengecualian di bawah perenggan 2 tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
penghuni mana-mana kilang atau pemunya mana-mana mesin angkat hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis Pemeriksa di bawah perenggan 36(1)(a) Akta sebelum memasang apa-apa mesin angkat kecuali win (kenderaan tunda sahaja) dan pengangkat hujung;
(b)
setiap majikan hendaklah setakat yang boleh dilaksanakan—
(i)
menjalankan pengenalpastian bahaya, pentaksiran risiko dan kawalan risiko bagi mesin angkat itu;
(ii)
memastikan prosedur kerja selamat bagi mesin angkat itu disediakan sebagai garis panduan kepada pekerja;
P.U. (A) 179 3
(iii)
menjalankan pemeriksaan dan penyenggaraan berulang ke atas mesin angkat itu mengikut arahan pengilang untuk memastikan bahawa mesin angkat itu selamat untuk dikendalikan tanpa menyebabkan apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatan;
(iv)
memastikan bahawa tiap-tiap orang yang terlibat dalam pemasangan, pengendalian dan penyenggaraan mesin angkat itu terlatih secukupnya;
(v)
menjalankan penyeliaan yang berkesan untuk memastikan bahawa semua pekerja mematuhi prosedur kerja selamat yang disediakan di bawah subsubperenggan (ii); dan
(vi)
menyimpan dan menyenggara semua rekod berkaitan yang berhubungan dengan subsubperenggan (i) hingga (v) untuk diperiksa oleh pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan; dan
(c)
semua alat ganti mesin angkat hendaklah mematuhi spesifikasi pengilang.