Seksyen 2
Pengambilalihan kawalan
of Perintah Koperasi (Pengambilalihan Kawalan) (Penggantian) 2013
P.U. (A)In forceProvision 2 of 4
Seksyen 2
Suruhanjaya telah melantik Haji Mohd Azmy bin Deris untuk mengambil alih kawalan semua harta, urusan, aktiviti dan hal ehwal Koperasi Kakitangan Kerajaan Dan
Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN) Berhad dan perbadanan yang berkaitan dengannya dan menjalankan kesemua urusan, aktiviti dan hal ehwalnya mulai 1 November 2011 bagi baki tempoh pengambilalihan kawalan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Perintah Koperasi (Pengambilalihan Kawalan) (No. 3) 2010
[P.U. (A) 356/2010] selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun dari 20 Oktober 2010.