Seksyen 1
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Koperasi (Pengecualian) 2020.
/akn/my/act/pua/2020/394
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH KOPERASI (PENGECUALIAN) 2020 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 394 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Koperasi (Pengecualian) 2020.
Pengecualian
Menteri mengecualikan semua koperasi daripada mengadakan mesyuarat agung tahunan anggota atau perwakilannya menurut subseksyen 39(1) Akta semasa tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 yang tidak mungkin untuk diadakan disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] untuk mengawal atau mencegah merebaknya penyakit COVID-19.
Syarat pengecualian
Pengecualian di bawah perenggan 2 adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
apa-apa akaun perdagangan dan untung rugi, penyata, kunci kira-kira, laporan berkenaan dengan kedudukan hal ehwal koperasi dan subsidiarinya, jika ada, yang dikehendaki untuk dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan bagi tahun 2020 hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan bagi tahun 2021 tidak lewat dari enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan bagi tahun 2020;
apa-apa akaun teraudit bagi tahun 2019 dan laporan juruaudit, jika ada, yang dikehendaki untuk dibentangkan dan diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan bagi tahun 2020 hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan bagi tahun 2021 tidak lewat dari enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan bagi tahun 2020;
P.U. (A) 394 3
apa-apa mesyuarat agung tahunan bagi tahun 2021 hendaklah diadakan menurut tatacara yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan
Koperasi 2010 [P.U. (A) 422/2010] atau apa-apa perkiraan alternatif yang ditentukan oleh Menteri melalui suatu arahan bertulis; dan
apa-apa syarat lain yang boleh dikenakan oleh Menteri melalui suatu arahan bertulis.
Dibuat 31 Disember 2020
[SKM.IP (AM)7880 SJ. 1 JLD 4; PN(PU2)527/XX]
DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
P.U. (A) 394 4
CO-OPERATIVE SOCIETIES ACT 1993
CO-OPERATIVE SOCIETIES (EXEMPTION) ORDER 2020
Opening note
any trading and profit and loss accounts, statement, balance sheet, report with respect to the state of affairs of the co-operative society and its subsidiary, if any, which are required to be laid before the annual general meeting for the year 2020 shall be laid before the annual general meeting for the year 2021 not later than six months after the close of the financial year for the year 2020;
any audited account for the year 2019 and audited report, if any, which are required to be laid and approved before the annual general meeting for the year 2020 shall be laid before the annual general meeting for the year 2021
not later than six months after the close of the financial year for the year 2020;
P.U. (A) 394 5
any annual general meeting for the year 2021 shall be held in accordance with the procedures provided in the
Co-operative
Societies
Regulations 2010 [P.U. (A) 422/2010] or any alternative arrangements determined by the Minister by a written directions; and
any other conditions that may be imposed by the Minister by a written directions.
Made 31 December 2020
[SKM.IP (AM)7880 SJ. 1 JLD 4; PN(PU2)527/XX]
DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR
Minister of Entrepreneur Development and Cooperatives