Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Syarat pengecualian
Pengecualian di bawah perenggan 2 adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
apa-apa akaun perdagangan dan untung rugi, penyata, kunci kira-kira, laporan berkenaan dengan kedudukan hal ehwal koperasi dan subsidiarinya, jika ada, yang dikehendaki untuk dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan bagi tahun 2020 hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan bagi tahun 2021 tidak lewat dari enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan bagi tahun 2020;
(b)
apa-apa akaun teraudit bagi tahun 2019 dan laporan juruaudit, jika ada, yang dikehendaki untuk dibentangkan dan diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan bagi tahun 2020 hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan bagi tahun 2021 tidak lewat dari enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan bagi tahun 2020;
P.U. (A) 394 3
(c)
apa-apa mesyuarat agung tahunan bagi tahun 2021 hendaklah diadakan menurut tatacara yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan
Koperasi 2010 [P.U. (A) 422/2010] atau apa-apa perkiraan alternatif yang ditentukan oleh Menteri melalui suatu arahan bertulis; dan
(d)
apa-apa syarat lain yang boleh dikenakan oleh Menteri melalui suatu arahan bertulis.
Dibuat 31 Disember 2020
[SKM.IP (AM)7880 SJ. 1 JLD 4; PN(PU2)527/XX]
DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
P.U. (A) 394 4
CO-OPERATIVE SOCIETIES ACT 1993
CO-OPERATIVE SOCIETIES (EXEMPTION) ORDER 2020