Skip to content

Seksyen 3

Aktiviti yang ditetapkan

of Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015

P.U. (A)In forceProvision 3 of 4
Seksyen 3

(1)

Aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Jadual Kedua ialah aktiviti yang ditetapkan.

P.U. (A) 195 3

(2)

Aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama tidak memerlukan pameran awam dan ulasan awam melainkan jika diarahkan selainnya, secara bertulis, oleh Ketua Pengarah.

(3)

Aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua memerlukan pameran awam dan ulasan awam.

(4)

Walau apa pun subperenggan (1), aktiviti yang berikut juga ialah aktiviti yang ditetapkan:

(a)

apa-apa aktiviti yang ditetapkan yang dibahagikan kepada saiz atau kuantum yang lebih kecil daripada saiz atau kuantum yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Jadual Kedua; atau

(b)

apa-apa aktiviti yang melibatkan pertambahan saiz atau kuantum yang menyebabkan aktiviti itu dikategorikan sebagai aktiviti yang ditetapkan.

(5)

Pameran awam dan ulasan awam yang disebut dalam subperenggan (2)

dan (3) ialah suatu pameran laporan, di tempat dan dalam tempoh yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah, bagi mendapatkan ulasan awam berhubung dengan laporan itu.