Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Apa-apa notis pengeluaran yang dibuat berhubung dengan perenggan 54(6)(k), (l), (m) atau (n) Akta pada atau sebelum 31 Mac 2021, 30 Jun 2021,
30 September 2021 atau 30 April 2022, masing-masing, yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Perintah ini, diuruskan mengikut peruntukan Akta seolah-olah Akta tidak diubah suai oleh Perintah ini.
P.U. (A) 151 3
(2)
Apa-apa kebenaran, arahan, keputusan atau tindakan pentadbiran lain yang dibuat, diberikan atau dilakukan berhubung dengan perenggan 54(6)(k), (l), (m)
atau (n) Akta sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan ahli Kumpulan Wang yang baginya kebenaran, arahan, keputusan atau tindakan pentadbiran lain itu terpakai sehingga dipinda, dimansuhkan, dihapuskan, dibatalkan atau digantikan.
(3)
Apa-apa penyiasatan atau prosiding undang-undang yang dimulakan berhubung dengan perenggan 54(6)(k), (l), (m) atau (n) Akta yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Perintah ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta seolah-olah Akta tidak diubah suai oleh Perintah ini.
(4)
Apa-apa sebutan kepada perenggan 54(6)(l), (m) atau (n) Akta dalam subperaturan 5A(2A) atau (2B) Peraturan-Peraturan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja 2001 [P.U. (A) 409/2001] hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya seolah-olah
Akta tidak diubah suai oleh Perintah ini.
Dibuat 12 April 2022
[MOF.SBM(R) 600-41/39/91; PN(PU2)498/Jld. 19]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 151 4
EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991
EMPLOYEES PROVIDENT FUND (MODIFICATION TO THE PURPOSES FOR
WITHDRAWAL UNDER SUBSECTION 54(6)) ORDER 2022