Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Subseksyen 54(6) Akta ditambah dan diubah suai—
(a)
dengan menggantikan perenggan (da) dengan perenggan yang berikut:
“(da) ahli Kumpulan Wang itu telah menjual rumah yang telah digadaikan sebagai cagaran bagi pinjaman di bawah perenggan (d)
dan dia kemudiannya—
(i)
telah membeli atau membina rumah yang lain dan telah mengambil pinjaman lain dan rumah baharu itu telah digadaikan sebagai cagaran bagi pinjaman lain itu; atau
(ii)
telah membeli rumah yang lain daripada Perbadanan
Perumahan Rakyat 1Malaysia dan telah mengambil pinjaman lain dan rumah baharu itu telah digadaikan sebagai cagaran bagi pinjaman lain itu;”; dan 3
(b)
dengan memasukkan selepas perenggan (da) perenggan yang berikut:
“(db)
ahli Kumpulan Wang itu telah membeli rumah daripada
Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia dan telah mengambil pinjaman dan rumah itu telah digadaikan sebagai cagaran untuk pinjaman itu;”.
Dibuat 22 Disember 2016
[KWSP/JUU/003/232 Vol. 2; KK/BUU/(S)10/0.14 Sj. 1 Jld. 6 (57); PN(PU2)498/X]
DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Kewangan Kedua
4
EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991
EMPLOYEES PROVIDENT FUND (ADDITION AND MODIFICATION TO THE PURPOSES
FOR WITHDRAWAL UNDER SUBSECTION 54(6)) ORDER 2016