Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Jadual kepada Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 dipinda dengan memasukkan selepas butiran 7 butiran yang berikut:
“8.
Perjanjian sewa beli sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212] atau kontrak pajakan, yang telah dimasuki oleh perusahaan mikro, golongan B40 atau M40 seperti yang dinyatakan dalam pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi kenderaan yang berikut:
(a)
kenderaan motokar seperti yang dikelaskan di bawah seksyen 5
Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];
(b)
kenderaan barangan atau perkhidmatan awam—
(i)
berhubung dengan Semenanjung Malaysia, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan
P.U. (A) 385 3
Awam Darat 2010 [Akta 715]; atau
(ii)
berhubung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Labuan, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
[Akta 334]; atau
(c)
kenderaan pelancongan—
(i)
berhubung dengan Semenanjung Malaysia, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan
Awam Darat 2010 [Akta 715]; atau
(ii)
berhubung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Labuan, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 [Akta 594]