Malaysia legislation

Section 9

of PERINTAH LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (SES) 2019

Seksyen 9

Peralihan

(1)

Ses yang kena dibayar di bawah Perintah-Perintah yang dibatalkan berkenaan dengan minyak sawit mentah yang dikeluarkan dalam suku tahun dalam satu tahun kalendar dan setiap bulan dalam satu tahun kalendar sebelum permulaan kuat kuasa Perintah ini hendaklah dibayar kepada Lembaga tidak lewat daripada 31 Januari 2020.

(2)

Penyata yang dikehendaki dikemukakan di bawah Perintah-Perintah yang dibatalkan berkenaan dengan minyak sawit mentah yang dikeluarkan dalam bulan sebelum permulaan kuat kuasa Perintah ini hendaklah dikemukakan kepada Lembaga tidak lewat daripada 7 Januari 2020.

4

Dibuat 20 Disember 2019

[MPI 19(05)68/2; PN(PU2)606/VI]

TERESA KOK SUH SIM

Menteri Industri Utama

5

MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998

MALAYSIAN PALM OIL BOARD (CESS) ORDER 2019

Section 9 — PERINTAH LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (SES) 2019