Malaysia legislation
Section 8
of PERINTAH LEMBAGA PELABUHAN (PELABUHAN TANJUNG PELEPAS) 2019
Seksyen 8
(1)
Apa-apa lesen, permit, kebenaran, notis, arahan, keputusan, surat pekeliling, dasar dan peraturan-peraturan kewangan yang telah dikeluarkan, diberikan atau dibuat oleh Lembaga Pelabuhan Johor (Tanjung Pelepas) sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini di bawah mana-mana undang-undang bertulis hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, disifatkan telah dikeluarkan, diberikan atau dibuat oleh Lembaga.
4
(2)
Apa-apa aku janji yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, terus berkuat kuasa sehingga ditamatkan atau dibatalkan.
Penerusan tindakan dan prosiding 9.
(1)
Apa-apa tindakan atau prosiding yang dimulakan atau belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini oleh atau terhadap
Lembaga Pelabuhan Johor (Tanjung Pelepas) atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga Pelabuhan Johor (Tanjung Pelepas) hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, diteruskan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana ia sepatutnya dimulakan oleh atau terhadap Lembaga Pelabuhan Johor
(Tanjung Pelepas) atau orang itu.
(2)
Apa-apa tindakan yang dimulakan pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini yang baginya kausa tindakan terakru sebelum tarikh kuat kuasa
Perintah ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, diteruskan seolah-olah Perintah ini tidak dibuat.
Terimaan wang dan hasil 10.
Semua wang dan hasil yang kena dibayar kepada Lembaga Pelabuhan Johor
(Tanjung Pelepas) hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, dibayar kepada Lembaga.
Penerusan undang-undang 11.
Semua perundangan subsidiari yang dibuat oleh Lembaga Pelabuhan Johor
(Tanjung Pelepas) yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Perintah ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, terus berkuat kuasa dan disifatkan telah dibuat oleh Lembaga sehingga dipinda atau dibatalkan.
5