Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH LEMBAGA PELABUHAN (PELABUHAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN DAN PELABUHAN TELUK VICTORIA) 2024

Seksyen 6

Segala harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang berhubungan dengan pengurusan atau operasi Pelabuhan Wilayah Persekutuan Labuan dan Pelabuhan Teluk

Victoria oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu sebagaimana yang diperluas kepada

Pelabuhan Wilayah Persekutuan Labuan dan Pelabuhan Teluk Victoria di bawah

Perintah Lembaga Pelabuhan Bintulu (Peluasan Fungsi) 2017 hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan.

Perjanjian sedia ada 7.

Perjanjian sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini yang berhubungan dengan harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada

Lembaga di bawah perenggan 6 hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, terus berkuat kuasa terhadap atau memihak kepada Lembaga dan dikuatkuasakan seolah-olah Lembaga telah dinamakan dalam perjanjian, surat ikatan, surat cara dan dokumen lain itu.

Penerusan undang-undang 8.

Undang-Undang Kecil Lembaga Pelabuhan Labuan (Pelabuhan Teluk Victoria)

(Skala Kadar, Dius dan Caj) 2020 [P.U. (A)108/2020] hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, terus berkuat kuasa dan disifatkan telah dibuat oleh Lembaga sehingga dipinda atau dibatalkan.

P.U. (A) 342 4

Section 6 — PERINTAH LEMBAGA PELABUHAN (PELABUHAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN DAN PELABUHAN TELUK VICTORIA) 2024