Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PENGECUALIAN) 2017
Seksyen 3
(1)
Jika sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, pengeksport, pembekal atau pengendali jeti adalah berdaftar di bawah Akta, pendaftaran itu dan mana-mana syarat dan sekatan pendaftaran itu, setakat yang berhubungan dengan aktiviti pengeksport, pembekal atau pengendali jeti itu di bawah
Akta yang berhubung dengan kayu yang berasal daripada Negeri Sabah atau keluaran kayu yang dibuat di Negeri Sabah, hendaklah terus mempunyai kesan sehingga tamat tempoh pendaftaran itu dan mana-mana syarat dan sekatan pendaftaran itu, masing-masingnya.
(2)
Jika sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, pengimport adalah berdaftar di bawah Akta, pendaftaran itu dan mana-mana syarat dan sekatan pendaftaran itu, setakat yang berhubungan dengan aktiviti pengimport itu di bawah Akta yang dijalankan di Negeri Sabah, hendaklah terus mempunyai kesan sehingga tamat tempoh pendaftaran itu dan mana-mana syarat dan sekatan pendaftaran itu, masing-masingnya.
Dibuat 11 Mei 2017
[MPIC(S)19(03)636/3 KLT.5(21); PN(PU2)129/IX]
DATUK SERI MAH SIEW KEONG
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
4
MALAYSIAN TIMBER INDUSTRY BOARD (INCORPORATION) ACT 1973
MALAYSIAN TIMBER INDUSTRY BOARD (INCORPORATION) (EXEMPTION)
ORDER 2017