Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Suatu pemegang lesen insurans atau takaful Labuan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704] atau Akta
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705] masing-masing yang menjalankan aktiviti perniagaan yang dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam
Guideline on Co-Location of Labuan Insurance and Takaful Licensee, yang diluluskan oleh
Lembaga untuk menubuhkan suatu pejabat di mana-mana tempat di Malaysia selain daripada pejabatnya di Labuan (“Pejabat Co-Location”), hendaklah membayar fi tahunan sebanyak tujuh ribu ringgit kepada Lembaga berkenaan dengan Pejabat Co-Location yang diluluskan.
(2)
Fi tahunan yang dikehendaki di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar serta-merta atas penerimaan kelulusan daripada Lembaga dan bayaran yang berikutnya hendaklah dibuat pada atau sebelum 15 Januari setiap tahun semasa tempoh kesahan kelulusan itu.
Copyright Jabatan Peguam Negara
P.U. (A) 152 3
Dibuat 26 April 2011
[LFA/04/2011; PN(PU2)556/III]
DATO’ AZIZAN ABDUL RAHMAN
Diluluskan
[KK/BPKA/K1/(S)/382/342/3-1 Jld.4; PN(PU2)556/III]
DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
Copyright Jabatan Peguam Negara
P.U. (A) 152 4
LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY ACT 1996
LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY (ANNUAL FEE FOR CO-LOCATION OFFICE)
(LABUAN INSURANCE AND TAKAFUL LICENSEE) (ORDER) 2011