Malaysia legislation
Section 5
of PERINTAH LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA (BUAH KELAPA SAWIT) 2023
Seksyen 5
Pembayaran levi
(1)
Mana-mana tuan punya kebun kelapa sawit yang keluasannya tidak kurang daripada 40.46 hektar atau 100 ekar, atau kebun kelapa sawit yang agregat keluasannya berjumlah tidak kurang daripada 40.46 hektar atau 100 ekar, yang mengusahakan kebun kelapa sawit itu, dan mana-mana pengeluar buah kelapa sawit yang mengusahakan kebun kelapa sawit yang keluasannya tidak kurang
3
daripada 40.46 hektar atau 100 ekar, atau kebun kelapa sawit yang agregat keluasannya berjumlah tidak kurang daripada 40.46 hektar atau 100 ekar, hendaklah membayar kepada pegawai kastam yang hak suatu levi keuntungan luar biasa buah kelapa sawit yang dikeluarkan oleh tuan punya dan pengeluar buah kelapa sawit itu berasaskan kadar yang dikira seperti yang berikut:
(a)
Semenanjung Malaysia:
=
- RM3,000.00) x 0.03 x
(b)
Sabah dan Sarawak:
=
- RM3,500.00) x 0.03 x
(2)
Dalam perenggan ini, “minyak sawit mentah” ertinya minyak sawit dalam bentuk mentah yang berasal atau yang diekstrak daripada perikarpa buah kelapa sawit.
(3)
Kebun kelapa sawit yang disebut dalam subperenggan (1) tidak termasuk suatu kebun kelapa sawit di dalam suatu kawasan penempatan berkelompok di bawah
Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].
Dibuat pada 28 Januari 2023
[SULIT KE.HT(96)009/20/ Sk. 2(2); Perb. MOF.TAX(S)700-2/1/100 JLD.2(42); PN(PU2)599/II]
ANWAR BIN IBRAHIM
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan dalam
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 7(1)
Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998]
Levi keuntungan luar biasa
(Harga purata bulanan nasional minyak sawit mentah
Jumlah pengeluaran buah kelapa sawit sebulan dalam tan metrik
Levi keuntungan luar biasa
(Harga purata bulanan nasional minyak sawit mentah
Jumlah pengeluaran buah kelapa sawit sebulan dalam tan metrik
4
WINDFALL PROFIT LEVY ACT 1998
WINDFALL PROFIT LEVY (OIL PALM FRUIT) ORDER 2023