Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (NO. 2) (PINDAAN) 2015
Seksyen 2
Jadual kepada Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2013
[P.U. (A) 184/2013] dipinda―
(a)
berkenaan dengan Jabatan Perdana Menteri―
(i)
dengan memasukkan dalam ruang “Nama” dan “Gelaran dan Nama
Jawatan” selepas perkataan “Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin
Md. Yasin” dalam ruang “Nama” perkataan yang berikut:
“Dato’ Mah Siew Keong
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri”;
P.U. (A) 60 3
(ii)
dengan memasukkan dalam ruang “Nama” dan “Gelaran dan Nama
Jawatan” selepas perkataan “Senator Dato’ Sri Abdul Wahid bin
Omar” dalam ruang “Nama” perkataan yang berikut:
“Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Menteri di Jabatan
Perdana Menteri”;
(iii)
dengan memasukkan dalam ruang “Jabatan” dan “Perkara” selepas perkataan “Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Putrajaya” dalam ruang “Jabatan” perkataan yang berikut:
“Yayasan Bantuan
Guaman Kebangsaan
Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan guaman percuma dalam perkara jenayah termasuk jenayah
Syariah kepada semua warganegara
Malaysia di peringkat tangkapan, reman, pertuduhan, permohonan ikat jamin, perbicaraan dan rayuan. Bagi peringkat perbicaraan dan rayuan, pemohon adalah tertakluk kepada ujian kemampuan”;
(b)
berkenaan dengan Kementerian Kewangan, dengan memasukkan dalam ruang “Nama” dan “Gelaran dan Nama Jawatan” selepas perkataan
“Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan” dalam ruang “Nama” perkataan yang berikut:
“Datuk Chua Tee Yong
Timbalan Menteri
Kewangan”;
P.U. (A) 60 4
(c)
berkenaan dengan Kementerian Pengangkutan, dengan menggantikan perkataan “Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein” yang terdapat dalam ruang “Nama” dengan perkataan “Dato’ Sri Liow Tiong Lai”;
(d)
berkenaan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dengan memasukkan dalam ruang “Nama” dan “Gelaran dan Nama
Jawatan” selepas perkataan “Datuk Hamim bin Samuri” dalam ruang
“Nama” perkataan yang berikut:
“Senator Dato’ Lee Chee Leong
Timbalan Menteri
Perdagangan
Antarabangsa dan
Industri”; dan
(e)
berkenaan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, dengan memasukkan dalam ruang “Nama” dan “Gelaran dan
Nama Jawatan” selepas perkataan “Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri
Panglima Mohd. Dun” dalam ruang “Nama” perkataan yang berikut:
“Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
Timbalan Menteri
Pembangunan
Wanita,
Keluarga dan Masyarakat”.
Dibuat 19 Mac 2015
[PM(BK)R. 11456/13 Jld. 55; PN(PU2)18/XXVII]
Dengan Titah Perintah
TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA
Setiausaha Jemaah Menteri
P.U. (A) 60 5
MINISTERIAL FUNCTIONS ACT 1969
MINISTERS OF THE FEDERAL GOVERNMENT (NO. 2) (AMENDMENT) ORDER 2015