Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (NO. 2) (PINDAAN) 2017
Seksyen 2
Jadual kepada Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2013
[P.U. (A) 184/2013] dipinda—
(a)
berkenaan dengan Jabatan Perdana Menteri―
P.U. (A) 358 3
(i)
dengan menggantikan semua perkataan dalam ruang “Perkara” yang terdapat bersetentangan dengan perkataan “Majlis Keselamatan
Negara (MKN)” dalam ruang “Jabatan” dengan perkataan yang berikut:
“Urus setia bagi Majlis Keselamatan Negara
Melaksanakan dan menguatkuasakan Akta Majlis Keselamatan
Negara 2016
Menyelaraskan pelaksanaan Dasar Keselamatan Negara 2017
Merumuskan dan menyelaraskan dasar keselamatan negara dan langkah keselamatan termasuk perisikan negara
Urus setia bagi semua jawatankuasa dan kumpulan kerja yang ditubuhkan di bawah
MKN di peringkat
Persekutuan,
Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) di peringkat
Negeri dan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD)
di peringkat Daerah yang menyentuh perkara keselamatan negara, ketenteraman awam dan pengurusan krisis yang diletakkan di bawah bidang kuasa MKN
Menyelaraskan hal ehwal keselamatan dan kedaulatan maritim dalam kawasan zon maritim Malaysia
Menguruskan dan menyelaraskan dasar, strategi, operasi dan tindakan bagi pemeliharaan keselamatan dan kedaulatan maritim negara
Menyelaraskan pelaksanaan tugas, hak, tanggungjawab dan liabiliti Malaysia sebagai negara pihak kepada Konvensyen
P.U. (A) 358 4
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang
Laut 1982
Menyelaraskan mekanisme ke arah meningkatkan pengawasan dan pemeliharaan keselamatan perairan negara di Selat Melaka,
Selat Singapura, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi serta keselamatan aset berkepentingan negara di perairan antarabangsa
Menguruskan dan mengawal selia hal ehwal kepulauan
Menggubal, meneraju dan memantau pelaksanaan dasar dan strategi berhubung dengan keselamatan siber yang mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat
Menggubal dasar dan menyelaraskan mekanisme pengurusan krisis keganasan dan ketenteraman awam di peringkat daerah, negeri dan negara
Menggubal dasar dan menyelaraskan mekanisme pengurusan berhubung dengan pemegang kad
Suruhanjaya
Tinggi
Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR)
Menyelaraskan dan memantau pengurusan keselamatan di Zon
Selamat Sabah Timur (ESSZONE)
Memantau dan merangka strategi bagi menangani isu yang menjejaskan ketenteraman awam, keselamatan negara dan integriti Kerajaan
Menguruskan dasar dan operasi mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
P.U. (A) 358 5
Menguruskan dan menyelaraskan dasar, strategi, operasi dan tindakan bagi pemeliharaan keselamatan dan kedaulatan sempadan darat negara
Menguruskan dan menyelaraskan kerjasama dua hala dalam hal ehwal keselamatan dan kedaulatan bersama negara jiran bersempadan
Menyelaraskan kem dan pos Jawatankuasa Perancang Gerakan
(JPG), Majlis Keselamatan Negara
Menguruskan dan mengawal selia Pasukan Operasi Khas Nasional
(NSOF) dan operasi NSOF
Menyelaraskan penyaluran maklumat dan data berhubung dengan keselamatan negara dan perisikan negara oleh agensi dan kementerian ke Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON)
Menyelaraskan gerak kerja agensi Kerajaan Pusat dan Kerajaan
Negeri dalam menangani masalah pencerobohan tanah yang mengakibatkan bencana di Cameron Highlands”;
(ii)
dengan memotong perkataan “Jabatan Pertahanan Awam” dalam ruang
“Jabatan” dan semua perkataan yang terdapat bersetentangan dengannya dalam ruang “Perkara”; dan
(iii)
dengan memasukkan dalam ruang “Jabatan” dan “Perkara” selepas perkataan “Institut Wasatiyyah Malaysia” dalam ruang “Jabatan”
perkataan yang berikut:
“Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia
Melaksanakan fungsi di bawah
Akta
Angkatan
Pertahanan
Awam Malaysia 1951”;
P.U. (A) 358 6
(b)
berkenaan dengan
Kementerian
Pertahanan, dengan menggantikan perkataan “Menteri Pertahanan” dalam ruang “Gelaran dan Nama Jawatan”
dengan perkataan “Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-Tugas
Khas di Jabatan Perdana Menteri”;
(c)
berkenaan dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, dengan menggantikan perkataan “Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa” dalam ruang “Jabatan” dengan perkataan “PLANMalaysia”;
dan
(d)
berkenaan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi―
(i)
dengan menggantikan semua perkataan dalam ruang “Perkara” yang terdapat bersetentangan dengan perkataan “Jabatan Meteorologi
Malaysia (MetMalaysia)” dalam ruang “Jabatan” dengan perkataan yang berikut:
“Menerajui, menyelaraskan dan melaksanakan agenda meteorologi dan geofizik negara
Bertindak sebagai agensi kawal seliaan kebangsaan berkaitan meteorologi penerbangan
Mengendalikan dan menyediakan perkhidmatan saintifik meteorologi dalam bidang-bidang yang berikut:
Pencerapan meteorologi
Tinjauan cuaca
Kaji iklim dan hidrometeorologi
Meteorologi lautan dan oseanografi
Meteorologi pertanian
Kajian sains atmosfera
P.U. (A) 358 7
Pembenihan awan
Gempa bumi dan tsunami
Meteorologi penerbangan”;
(ii)
dengan memotong perkataan “Malaysian Biotechnology Corporation
Sdn. Bhd. (BIOTECHCORP)” dalam ruang “Jabatan” dan semua perkataan yang terdapat bersetentangan dengannya dalam ruang
“Perkara”; dan
(iii)
dengan memasukkan dalam ruang “Jabatan” dan “Perkara” selepas perkataan “Malaysia Ventures Capital Management Sdn. Bhd.
(MAVCAP)” dalam ruang “Jabatan” perkataan yang berikut:
“Malaysian Biotechnology
Corporation Sdn. Bhd.
(Bioeconomy Corporation)
Bertindak sebagai pusat sehentian yang memberikan sokongan dan bantuan khidmat nasihat teknikal untuk memudahkan syarikat berasaskan bioteknologi memulakan dan mengembangkan perniagaan, mempromosikan dan menggalakkan pelaburan serta menguruskan skim pembiayaan bagi syarikat untuk memperluaskan perniagaan”.
Dibuat 13 Oktober 2017
[BKPP.R.700-2/1/1; PN(PU2)18/XXIX]
Dengan Titah Perintah
TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA
Setiausaha Jemaah Menteri
P.U. (A) 358 8
MINISTERIAL FUNCTIONS ACT 1969
MINISTERS OF THE FEDERAL GOVERNMENT (NO. 2) (AMENDMENT) ORDER 2017