Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (NO. 2) (PINDAAN) (NO. 2) (PINDAAN) 2014

Seksyen 2

Pindaan Jadual

(Pindaan) (No. 2) 2014 [P.U. (A) 154/2014] dipinda dengan menggantikan subsubperenggan 2(a)(ii), 2(a)(iii), 2(a)(iv), 2(a)(v), 2(a)(vi), 2(a)(vii), 2(a)(viii) dan 2(a)(ix) dengan subsubperenggan yang berikut:

“(ii)

dengan menggantikan semua perkataan dalam ruang “Perkara”

yang terdapat bersetentangan dengan perkataan “Kementerian

Komunikasi dan Multimedia” dalam ruang “Jabatan” dengan perkataan yang berikut:

“Kementerian

Komunikasi dan

Multimedia:

Penyiar dan pemberi maklumat rasmi Kerajaan

Pengurusan maklumat dan media massa Kerajaan

Kelulusan bahan promosi dan mesej Kerajaan

Iklan komersial di radio dan televisyen Kerajaan

Hubungan antarabangsa dua hala, pelbagai hala dan kerjasama

P.U. (A) 201 3

dengan pertubuhan antarabangsa dalam bidang komunikasi dan multimedia termasuk penerangan, penyiaran, perfileman, telekomunikasi, hal ehwal pos, perlindungan data peribadi, kandungan kreatif dan ICT

Penyiaran

Kerajaan, termasuk kandungan, peluasan dan penambahan keperluan siaran

Penentuan pihak-pihak untuk mewakili kepentingan

Kerajaan untuk mengendalikan perkhidmatan dan kemudahan penyiaran Kerajaan

Pemantauan penyiaran radio luar negara bagi maksud Kerajaan

Pemantauan kandungan siaran berita televisyen tempatan dan luar negara bagi maksud Kerajaan

Penggubalan, penyelarasan dan pelaksanaan objektif dasar-dasar negara mengenai industri komunikasi dan multimedia

Penggubalan dan pelaksanaan dasar negara mengenai keselamatan, perlindungan keselamatan, integriti dan kebolehpercayaan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi komunikasi

Penggubalan dasar negara mengenai penggunaan dan penguntukan spektrum komunikasi

Penggubalan dan pelaksanaan dasar negara mengenai pemberian perkhidmatan sejagat dan

Kumpulan

Wang

Pemberian

Perkhidmatan Sejagat

P.U. (A) 201 4

Merancang dan membangunkan strategi-strategi bagi industri komunikasi

Mewujudkan rangka kerja pelesenan dan pengawalseliaan bagi industri komunikasi

Menggalakkan kemajuan keupayaan dan kecekapan bagi industri percantuman komunikasi

Pelesenan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi dan perkhidmatan aplikasi kandungan

Penubuhan dan pengendalian

Tribunal

Rayuan bagi industri komunikasi

Penggubalan dan pelaksanaan dasar negara mengenai industri perkhidmatan pos di bawah Akta

Perkhidmatan Pos 2012

Merancang dan melaksanakan strategi-strategi bagi pembangunan industri perkhidmatan pos

Penstrukturan tarif pos

Pelesenan perkhidmatan pos

Mengawal selia aspek operasi, pengurusan dan kewangan

Suruhanjaya

Komunikasi dan

Multimedia di bawah

Akta

Komunikasi dan Multimedia 1998

dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998

Mewujudkan masyarakat bermaklumat

Merancang, mengurus dan melaksanakan sambutan

Hari

Kemerdekaan

Negara dan

P.U. (A) 201 5

sambutan

Hari

Malaysia serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya

Penggubalan dan pelaksanaan dasar negara mengenai perlindungan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data

Peribadi 2010

Penggubalan dan pelaksanaan dasar industri kreatif negara

Merancang dan membangunkan strategi-strategi bagi dasar industri kreatif negara”;

Section 2 — PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (NO. 2) (PINDAAN) (NO. 2) (PINDAAN) 2014