Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2012
Seksyen 2
Jadual kepada Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2009
[P.U. (A) 222/2009] dipinda―
(a)
berkenaan dengan Jabatan Perdana Menteri ―
(i)
dengan memasukkan dalam ruang “Nama” dan “Gelaran dan Nama
Jawatan” selepas perkataan “Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md.
Yasin” dalam ruang “Nama” perkataan yang berikut:
P.U. (A) 10 3
“Senator Dato’
Palanivel a/l
K. Govindasamy
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri”;
(ii)
dengan memasukkan dalam ruang “Jabatan” dan “Perkara” selepas perkataan “Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman” dalam ruang
“Jabatan” perkataan yang berikut:
“Suruhanjaya Integriti
Agensi
Penguatkuasaan
Melaksanakan fungsi-fungsi dan menjalankan kuasa-kuasa di bawah Akta Suruhanjaya
Integriti
Agensi
Penguatkuasaan 2009”;
(iii)
dengan memasukkan dalam ruang “Jabatan” dan “Perkara” selepas perkataan “Amanah Raya Berhad” dalam ruang “Jabatan”
perkataan yang berikut:
“Kumpulan Industri -
Kerajaan Bagi
Teknologi Tinggi
Malaysia (MIGHT)
Meneroka dan menggalakkan pembangunan industri teknologi tinggi melalui pemanfaatan dan aplikasi strategik sains dan teknologi bagi pembangunan negara dan pemupukan teknologi tempatan bagi kemajuan industri
Membangun, melaksana dan menguruskan program
Foresight
Negara bagi mengenal pasti bidang teknologi keutamaan bagi
P.U. (A) 10 4
penyelidikan dan pembangunan dan kemajuan industri
Melaksana, mengurus dan menyelaras pengauditan kompetensi industri dan penilaian prestasi aktiviti penyelidikan dan pembangunan
Mengurus dan mengendalikan
“Technology
Depository
Agency”
Urus setia bagi
Majlis
Aeroangkasa Malaysia
Urus setia bagi “Global Science and
Innovation
Advisory
Council (GSIAC)”;
(iv)
dengan memasukkan dalam ruang “Jabatan” dan “Perkara” selepas perkataan
“Teraju
Bumiputera
Corporation”
dalam ruang
“Jabatan” perkataan yang berikut:
“Perbadanan Kuasa
Nuklear Malaysia
Merancang, menerajui dan menyelaras pelaksanaan program pembangunan tenaga nuklear serta memastikan pembangunan infrastruktur nuklear negara selaras dengan garis panduan Agensi Tenaga
P.U. (A) 10 5
Atom Antarabangsa (IAEA)”;
(b)
berkenaan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan memotong perkataan “Kumpulan Industri Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi
Malaysia (MIGHT)” dalam ruang “Jabatan” dan semua perkataan yang terdapat bersetentangan dengannya dalam ruang “Perkara”.
Dibuat 3 Januari 2012
[PM(BK)R. 11456/13 Jld. 50; PN(PU2)18/XXIV]
Dengan Titah Perintah
TAN SRI MOHD SIDEK BIN HJ. HASSAN
Setiausaha Jemaah Menteri
P.U. (A) 10 6
MINISTERIAL FUNCTIONS ACT 1969
MINISTERS OF THE FEDERAL GOVERNMENT (AMENDMENT) ORDER 2012