Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2023
Seksyen 2
Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2023 [P.U. (A) 27/2023] dipinda dalam Jadual —
(a)
berkenaan dengan Kementerian Pendidikan—
(i)
dengan memasukkan selepas butiran “Yayasan Guru Tun Hussein
Onn (YGTHO)” dalam ruang “Jabatan/Perkara” butiran “Yayasan
Didik Negara”;
(ii)
dengan memotong butiran “Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap
Malaysia (Pemerbadanan) 1968 [Akta 784]” dalam ruang
“Jabatan/Perkara”;
(b)
berkenaan dengan Kementerian Belia dan Sukan, dengan memotong butiran “Yayasan Didik Negara” dalam ruang “Jabatan/Perkara”; dan
P.U. (A) 114 3
(c)
berkenaan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, dengan menggantikan perkataan “Puan Hajah Aiman Athirah binti Sabu” dalam ruang “Nama” dengan perkataan “Puan Hajah Raj Munni binti Sabu”.
Dibuat 5 April 2023
[BKPP.R.700-2/1/1 JLD. 13; PN(PU2)18/JLD. 40]
Dengan Titah Perintah
TAN SRI DATO’ SERI MOHD ZUKI BIN ALI
Setiausaha Jemaah Menteri
P.U. (A) 114 4
MINISTERIAL FUNCTIONS ACT 1969
MINISTERS OF THE FEDERAL GOVERNMENT(AMENDMENT) ORDER 2023