Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (PINDAAN) (NO. 3) 2024
Seksyen 2
Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2023 [P.U. (A) 27/2023] dipinda dalam Jadual—
(a)
berkenaan dengan Jabatan Perdana Menteri—
(i)
dengan memotong butiran “CyberSecurity Malaysia” dalam ruang
“Jabatan/Perkara”;
(ii)
dengan memotong butiran
“MIMOS
Berhad”
dalam ruang
“Jabatan/Perkara”;
(iii)
dengan memotong butiran “Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah
Persekutuan (PPTGWP)” dalam ruang “Jabatan/Perkara”; dan
(iv)
dengan memasukkan selepas butiran “Dewan Bandaraya Kuala Lumpur”
dalam ruang “Jabatan/Perkara” butiran “Pejabat Pengarah Tanah dan
Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP)”;
P.U. (A) 21 3
(b)
berkenaan dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, dengan memotong butiran “Malaysian Green Technology and Climate Change
Centre (MGTC)” dalam ruang “Jabatan/Perkara”;
(c)
berkenaan dengan Kementerian Ekonomi, dengan memotong butiran
“MyDIGITAL Corporation” dalam ruang “Jabatan/Perkara”;
(d)
berkenaan dengan
Kementerian
Sains,
Teknologi dan
Inovasi, dengan memasukkan selepas butiran “Malaysian Bioeconomy Development
Corporation Sdn. Bhd. (Bioeconomy Corp.)” dalam ruang “Jabatan/Perkara”
butiran “MIMOS Berhad”;
(e)
berkenaan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara
Hidup, dengan memotong butiran “Akta Francais 1998 [Akta 590]”
dalam ruang “Jabatan/Perkara”;
(f)
berkenaan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dengan memasukkan selepas butiran “Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau)”
dalam ruang “Jabatan/Perkara” butiran seperti yang berikut:
“Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation
(MGTC)
Malaysia Forest Fund (MFF)”;
(g)
berkenaan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dengan memasukkan selepas butiran “Akta Perbadanan Pembangunan
Bandar (Pembubaran) 1996 [Akta 547]” dalam ruang “Jabatan/Perkara”
butiran “Akta Francais 1998 [Akta 590]”; dan
P.U. (A) 21 4
(h)
berkenaan dengan Kementerian Digital, dengan memasukkan selepas butiran
“Digital
Nasional
Berhad
(DNB)”
dalam ruang
“Jabatan/Perkara”
butiran seperti yang berikut:
“CyberSecurity Malaysia
MyDIGITAL Corporation”.
Dibuat 29 Januari 2024
[BKPP.R.700-2/1/1 JLD. 15; PN(PU2)18/JLD. 41]
Dengan Titah Perintah
TAN SRI DATO’ SERI MOHD ZUKI BIN ALI
Setiausaha Jemaah Menteri
P.U. (A) 21 5
MINISTERIAL FUNCTIONS ACT 1969
MINISTERS OF THE FEDERAL GOVERNMENT (AMENDMENT) (NO. 3) ORDER 2024