Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (PINDAAN) (NO. 5) 2024
Seksyen 2
Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2023 [P.U. (A) 27/2023] dipinda dalam Jadual—
(a)
berkenaan dengan Jabatan Perdana Menteri—
(i)
dengan menggantikan butiran “Akademi Kenegaraan” dalam ruang
“Jabatan/Perkara” dengan butiran “Akademi Kenegaraan Malaysia
(AKM)”; dan
P.U. (A) 182 3
(ii)
dengan memasukkan selepas butiran “Akademi Kenegaraan
Malaysia (AKM)” dalam ruang “Jabatan/Perkara” sebagaimana yang dipinda butiran “Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia
(MITRA)”;
(b)
berkenaan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi—
(i)
dengan menggantikan butiran “Universiti Malaysia Pahang (UMP)”
dalam ruang “Jabatan/Perkara” dengan butiran “Universiti
Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)”; dan
(ii)
dengan menggantikan butiran “Yayasan Kebajikan Siswa (YKS)”
dalam ruang “Jabatan/Perkara” dengan butiran “Yayasan Perkasa
Siswa”; dan
(c)
berkenaan dengan Kementerian Perpaduan Negara, dengan memotong butiran “Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)”
dalam ruang “Jabatan/Perkara”.
Dibuat 26 Jun 2024
[BKPP.R.700-2/1/1 JLD. 16; PN(PU2)18/JLD.41]
Dengan Titah Perintah
TAN SRI DATO’ SERI MOHD ZUKI BIN ALI
Setiausaha Jemaah Menteri
P.U. (A) 182 4
MINISTERIAL FUNCTIONS ACT 1969
MINISTERS OF THE FEDERAL GOVERNMENT (AMENDMENT) (NO. 5) ORDER 2024