Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH PAMPASAN PEKERJA (SKIM PAMPASAN PEKERJA ASING) (INSURANS) (PEMBATALAN) 2018
Seksyen 3
Kecualian
(1)
Suatu polisi insurans yang dikeluarkan oleh penanggung insurans yang dilantik di bawah Perintah yang dibatalkan bagi maksud Skim Pampasan Pekerja Asing sebagaimana yang dinyatakan di bawah Perintah yang dibatalkan yang masih berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perintah ini hendaklah, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, terus terpakai bagi mana-mana pekerja yang telah diinsuranskan oleh majikannya di bawah polisi insurans itu sehingga habis tempoh polisi insurans itu.
(2)
Penanggung insurans yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, terus memberikan—
P.U. (A) 350 3
(a)
perlindungan dan faedah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah polisi insurans yang masih berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perintah ini; dan
(b)
faedah tambahan berhubung dengan Skim Pampasan Pekerja Asing sebagaimana yang dinyatakan di bawah Perintah yang dibatalkan, kepada pekerja yang telah diinsuranskan oleh majikannya di bawah polisi insurans itu sehingga habis tempoh polisi insurans itu.
M. KULASEGARAN
Menteri Sumber Manusia
Dibuat 18 Disember 2018
[KSM/PUU(S)600-1/2/2/1; PN(PU2)296/VII]
P.U. (A) 350 4
WORKMEN’S COMPENSATION ACT 1952
WORKMEN’S COMPENSATION (FOREIGN WORKERS’ COMPENSATION SCHEME)
(INSURANCE) (REVOCATION) ORDER 2018