Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (KETIDAKPAKAIAN PENGGAL 5 BAHAGIAN VI)(DANA BORONG) 2012

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), peruntukan penggal 5 Bahagian VI

Akta tidak terpakai berkenaan dengan apa-apa terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, apa-apa unit berhubung dengan sesuatu dana borong yang diluluskan oleh Suruhanjaya yang dibuat oleh seseorang kepada pelabur yang berikut:

(a)

seseorang individu, atau individu serta pasangan, yang mempunyai jumlah bersih aset persendirian atau bersama melebihi tiga juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing, tidak termasuk nilai kediaman utama individu tersebut;

(b)

seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan kasar tahunan yang melebihi tiga ratus ribu ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing secara tahunan dalam tempoh dua belas bulan sebelumnya;

P.U. (A) 477 3

(c)

seseorang individu serta pasangan yang bersama, mempunyai jumlah pendapatan kasar tahunan melebihi empat ratus ribu ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing dalam tempoh dua belas bulan sebelumnya;

(d)

suatu perbadanan yang mempunyai jumlah bersih aset yang melebihi sepuluh juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing berasaskan kepada akaun teraudit yang terakhir;

(e)

suatu perkongsian yang mempunyai jumlah bersih aset yang melebihi sepuluh juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing;

(f)

suatu skim amanah saham atau skim pelaburan yang ditetapkan;

(g)

suatu skim persaraan swasta;

(h)

suatu dana tertutup;

(i)

suatu syarikat yang didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah di bawah

Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100] yang mempunyai jumlah aset di bawah pengurusan yang melebihi sepuluh juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing;

(j)

suatu perbadanan yang merupakan suatu syarikat awam di bawah Akta

Syarikat 1965 [Akta 125] yang dibenarkan oleh Suruhanjaya untuk menjadi pemegang amanah bagi maksud Akta ini dan mempunyai jumlah aset di bawah pengurusan yang melebihi sepuluh juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing;

(k)

suatu badan berkanun yang ditubuhkan oleh suatu Akta Parlimen atau suatu enakmen mana-mana Negeri;

P.U. (A) 477 4

(l)

suatu kumpulan wang pencen yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Jabatan

Hasil Dalam Negeri di bawah seksyen 150 Akta Cukai Pendapatan 1967

[Akta 53];

(m)

seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal;

(n)

suatu institusi berlesen;

(o)

suatu bank Islam;

(p)

suatu syarikat insurans berlesen di bawah Akta Insurans 1996

[Akta 553];

(q)

suatu pengendali takaful berdaftar di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312];

(r)

suatu bank berlesen atau pemegang lesen insurans sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704]; dan

(s)

suatu bank Islam berlesen atau pemegang lesen takaful sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam

Labuan 2010 [Akta 705].

(2)

Seseorang yang menerbitkan, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau mempelawa untuk melanggan atau membeli, apa-apa unit kepada pelabur yang dinyatakan dalam subperenggan (1)(a) hingga (s) hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 377(1) Akta ini.

P.U. (A) 477 5

Pembatalan

Section 2 — PERINTAH PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (KETIDAKPAKAIAN PENGGAL 5 BAHAGIAN VI)(DANA BORONG) 2012