Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PENETAPAN KETIDAKPAKAIAN) (AMANAH PELABURAN HARTANAH) 2024
Seksyen 2
(1)
Menteri menetapkan bahawa peruntukan perenggan 298(1)(a) dan (3)(a)
Akta tidak terpakai bagi suatu syarikat pengurusan suatu amanah pelaburan hartanah bagi maksud—
(a)
menyerah simpan dengan
Suruhanjaya laporan tahunan amanah pelaburan hartanahnya dalam masa dua bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan amanah pelaburan hartanah itu; dan
(b)
menghantar kepada tiap-tiap pemegang unit amanah pelaburan hartanah itu tanpa bayaran suatu salinan laporan tahunan yang disebut dalam subsubperenggan (a) dalam masa dua bulan selepas berakhir setiap tahun kewangan amanah pelaburan hartanah itu.
P.U. (A) 58 3
(2)
Walau apa pun subperenggan (1), syarikat pengurusan suatu amanah pelaburan hartanah itu hendaklah—
(a)
menyerah simpan dengan Suruhanjaya laporan tahunan amanah pelaburan hartanah dalam masa empat bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan amanah pelaburan hartanah itu; dan
(b)
menghantar kepada tiap-tiap pemegang unit amanah pelaburan hartanah tanpa bayaran suatu salinan laporan tahunan yang disebut dalam subsubperenggan (a) dalam masa empat bulan selepas berakhir setiap tahun kewangan amanah pelaburan hartanah itu.
Dibuat 21 Februari 2024
[MOF.SID(S)700-1/2/57;GC(LR)1/2023(291); PN(PU2)662/JLD.15]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 58 4
CAPITAL MARKETS AND SERVICES ACT 2007
CAPITAL MARKETS AND SERVICES (PRESCRIPTION FOR NON-APPLICATION)
(REAL ESTATE INVESTMENT TRUSTS) ORDER 2024