Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PENETAPAN PRODUK PASARAN MODAL)(PRODUK PASARAN MODAL ISLAM) 2012

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“sekuriti Islam” mempunyai erti yang sama seperti yang diperuntukkan dalam

Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti Islam) 2012

[P.U. (A) 478/2012];

“produk pasaran modal Islam” ertinya—

(a)

sekuriti Islam;

(b)

skim unit amanah yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah;

(c)

derivatif yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah;

(d)

skim persaraan swasta yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip

Syariah;

(e)

apa-apa produk atau perkiraan yang berasaskan sekuriti atau derivatif,

3

atau mana-mana gabungannya, yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah; atau

(f)

apa-apa produk pasaran modal lain yang distrukturkan yang mematuhi prinsip Syariah.

Penetapan sebagai produk pasaran modal

Section 2 — PERINTAH PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PENETAPAN PRODUK PASARAN MODAL)(PRODUK PASARAN MODAL ISLAM) 2012