Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PENETAPAN SEKURITI ISLAM) 2012
Seksyen 2
(1)
Dalam Perintah ini—
“produk berstruktur” mempunyai erti yang sama seperti yang diperuntukkan dalam garis panduan Suruhanjaya berkenaan dengan produk berstruktur;
“produk berstruktur Islam” ertinya produk berstruktur yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah;
“sekuriti Islam” ertinya―
(a)
syer dalam suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, yang dikelaskan sebagai patuh Syariah oleh
Majlis Penasihat Syariah;
(b)
unit dalam suatu skim unit amanah atau pelaburan ditetapkan yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah;
(c)
produk berstruktur Islam; atau
P.U. (A) 478 3
(d)
sukuk yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah, dan termasuklah apa-apa hak, opsyen atau kepentingan yang berkenaan dengannya, yang mematuhi prinsip Syariah;
“sukuk” mempunyai erti yang sama seperti yang diperuntukkan dalam garis panduan Suruhanjaya berkenaan dengan sekuriti Islam.
(2)
Tertakluk kepada subseksyen (1), sekuriti Islam tidaklah termasuk mana-mana Instrumen Boleh Niaga Islam yang memenuhi syarat yang berikut:
(a)
terbitan Intrumen Boleh Niaga Islam itu adalah oleh suatu institusi berlesen atau bank Islam yang layak yang mematuhi garis panduan bagi Instrumen Boleh Niaga Islam sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia; dan
(b)
tempoh maksimum Instrumen Boleh Niaga Islam itu tidak melebihi lima tahun.
Penetapan sebagai sekuriti