Skip to content

Seksyen 3

Mata wang digital dan token digital ditetapkan sebagai sekuriti

of Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti) (Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019

P.U. (A)In forceProvision 3 of 5
Seksyen 3

(1)

Mata wang digital yang—

(a)

didagangkan di suatu tempat atau di atas suatu kemudahan di mana tawaran untuk menjual, membeli, atau menukar, mata wang digital lazimnya dibuat atau diterima;

P.U. (A) 12 3

(b)

seseorang mengharapkan suatu pulangan dalam apa-apa bentuk daripada dagangan, pertukaran atau penebusan mata wang digital itu atau peningkatan nilai mata wang digital itu; dan

(c)

tidak diterbitkan atau dijamin oleh mana-mana badan kerajaan atau bank pusat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, ditetapkan sebagai sekuriti bagi maksud undang-undang sekuriti.

(2)

Token digital yang mewakili suatu hak atau kepentingan seseorang dalam apa-apa perkiraan yang dibuat bagi maksud, atau yang mempunyai kesan, untuk menyediakan kemudahan bagi orang itu, yang—

(a)

orang itu menerima token digital itu sebagai pertukaran bagi suatu balasan;

(b)

balasan atau sumbangan daripada orang itu, dan pendapatan atau pulangan, dikumpulkan;

(c)

pendapatan atau pulangan perkiraan itu dijana daripada pemerolehan, pemegangan, pengurusan atau pelupusan apa-apa harta atau aset atau aktiviti perniagaan;

(d)

orang itu mengharapkan suatu pulangan dalam apa-apa bentuk daripada dagangan, pertukaran atau penebusan token digital itu atau peningkatan nilai token digital itu;

(e)

orang itu tidak mempunyai kawalan hari ke hari ke atas pengurusan harta, aset atau perniagaan perkiraan itu; dan

(f)

digital token itu tidak diterbitkan atau dijamin oleh mana-mana badan kerajaan atau bank pusat sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya,

P.U. (A) 12 4

ditetapkan sebagai sekuriti bagi maksud undang-undang sekuriti.