Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN JADUAL 1, 2, 3 DAN 4) 2011
Seksyen 3
Pindaan Jadual 2
(a)
dengan menggantikan perenggan 2 dengan perenggan yang berikut:
“2. Berniaga dalam derivatif.”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas perenggan 6 perenggan yang berikut:
“7. Berniaga dalam skim persaraan swasta.”.
(2)
Bahagian 2 Jadual 2 kepada Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subsubperenggan 1(b)(ii) dengan menggantikan perkataan
“kontrak niaga hadapan” dengan perkataan “derivatif”;
(b)
dengan menggantikan perenggan 2 dengan perenggan yang berikut:
“2. “Berniaga dalam derivatif” ertinya, sama ada sebagai prinsipal atau ejen, membuat atau menawarkan untuk membuat dengan mana-mana orang, atau mendorong atau cuba mendorong mana-mana orang, atau meminta atau menerima apa-apa perintah untuk, atau selainnya—
(a)
membuat atau mengambil sesuatu penyerahhakkan derivatif itu, sama ada atau tidak bagi pihak seorang yang lain;
(b)
mengambil atau menyebabkan diambil tindakan yang menutup derivatif itu, sama ada atau tidak bagi pihak seorang yang lain;
(c)
berhubung dengan opsyen—
(i)
menjalankan mana-mana hak di bawah opsyen itu; atau
(ii)
membenarkan mana-mana hak di bawah opsyen itu luput, sama ada atau tidak bagi pihak seorang yang lain;
atau
(d)
memulakan, mengasalkan atau menerbitkan derivatif melalui kaunter.”;
(c)
dalam perenggan 3 dengan menggantikan perkataan “kontrak niaga hadapan” dengan perkataan “derivatif”;
(d)
dalam perenggan 5 dengan menggantikan perkataan “kontrak niaga hadapan” dengan perkataan “derivatif” di mana-mana jua terdapat; dan 4821
(e)
dengan memasukkan selepas perenggan 6 perenggan yang berikut:
“7. “Berniaga dalam skim persaraan swasta” ertinya, sama ada sebagai prinsipal atau ejen, membuat atau menawarkan untuk membuat dengan mana-mana orang, atau mendorong atau cuba mendorong mana-mana orang, untuk memasuki dalam atau menawar untuk memasuki dalam apa-apa perjanjian untuk atau dengan tujuan untuk—
(a)
memperoleh atau melupuskan kepentingan benefisial di bawah suatu skim persaraan swasta; atau
(b)
membuat caruman kepada suatu skim persaraan swasta.”.
Pindaan Jadual 3