Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN JADUAL 1, 2, 3 DAN 4) 2011
Seksyen 4
(a)
dalam subperenggan (a) dengan memotong perkataan “atau” pada penghujung subperenggan;
(b)
dengan menggantikan subperenggan (b) dengan subperenggan yang berikut:
“(b) akaunnya sendiri atau bagi akaun pelanggannya melalui bank berlesen bagi maksud pemberian pinjaman sekuriti di bawah apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 377(1); atau” ; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subperenggan (b) subperenggan yang berikut:
“(c) akaunnya sendiri atau bagi perbadanan yang berhubungannya jika sekuriti itu tidak disenaraikan di bursa saham.”.
(2)
Jadual 3 kepada Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan 11
dengan perenggan yang berikut:
“11. Mana-mana orang yang berniaga dalam derivatif—
(a)
atas akaunnya sendiri atau bagi perbadanan yang berhubungannya; atau
(b)
jika orang itu bukan merupakan seorang pemastautin di Malaysia yang bertindak sebagai prinsipal atau ejen melalui pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif.”.
(3)
Jadual 3 kepada Akta ibu dipinda dengan memotong perenggan 12.
4822
(4)
Jadual 3 kepada Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan 13
dengan perenggan yang berikut:
“13. Seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif yang perniagaan dalam sekuritinya—
(a)
adalah akibat langsung daripada berniaga dalam derivatif;
(b)
adalah berkaitan dengan penghantar serahan suatu sekuriti dalam suatu kelas sekuriti yang tertakluk kepada suatu kelas derivatif; atau
(c)
adalah berkaitan dengan perpindahan sekuriti sebagai kolateral atau jaminan, atau realisasi mana-mana kolateral atau jaminan, untuk obligasi di bawah suatu derivatif.”.
(5)
Perenggan 16 Jadual 3 kepada Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “niaga hadapan” dengan perkataan “derivatif” di mana-mana jua terdapat.
(6)
Perenggan 17 Jadual 3 kepada Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “niaga hadapan” dengan perkataan “derivatif” di mana-mana jua terdapat.
Pindaan Jadual 4