Malaysia legislation
Section 13
of PERINTAH PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN JADUAL 5, 6 DAN 7) 2012
Seksyen 13
Tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada individu—
(a)
yang jumlah bersih aset peribadinya, atau jumlah bersih aset bersesama dengan pasangannya, melebihi tiga juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing, kecuali nilai kediaman utama individu itu;
(b)
yang pendapatan tahunan kasarnya melebihi tiga ratus ribu ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing setiap tahun dalam dua belas bulan sebelumnya; atau
(c)
yang, bersesama dengan pasangannya, mempunyai pendapatan tahunan kasarnya melebihi empat ratus ribu ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing setiap tahun dalam dua belas bulan sebelumnya.