Skip to content

Seksyen 7

of Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan Jadual 5, 6 dan 7) 2012

P.U. (A)In forceProvision 7 of 33

Seksyen 7

Berkenaan dengan suatu perbadanan yang tersenarai di pasaran utama bursa saham, penerbitan dan penyenaraian seterusnya dan sebut harga sekuriti perbadanan itu di pasaran utama itu menurut—

P.U. (A) 481 9

(a)

penjalanan waran, opsyen atau hak melanggan boleh tukar, penukaran suatu nota boleh ubah atau syer keutamaan, atau penukaran suatu nota boleh tukar;

(b)

hak berkenaan dengan waran, opsyen atau hak tanpa balasan;

(c)

pembahagian kecil atau penyatuan syer;

(d)

skim syer pekerja atau opsyen syer pekerja;

(e)

terbitan bonus;

(f)

terbitan hak;

(g)

penjalanan penempatan secara persendirian; atau

(h)

mana-mana lain penjalanan aktiviti korporat di bawah kaedah-kaedah bursa saham sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, kecuali—

bagi debentur, sukuk atau produk Islam berstruktur, unit amanah selain daripada amanah perniagaan, atau pelaburan ditetapkan; atau jika ia membentuk sebahagian daripada cadangan di bawah perenggan 212(2)(d) atau subseksyen 212(3).