Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pasaran Modal dan
Perkhidmatan (Pindaan Jadual 5, 6 dan 7) 2024.
/akn/my/act/pua/2024/41
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN JADUAL 5, 6 DAN 7) 2024 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 41 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pasaran Modal dan
Perkhidmatan (Pindaan Jadual 5, 6 dan 7) 2024.
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, yang disebut “Akta ibu”
dalam Perintah ini, dipinda dalam Jadual 5—
Bahagian
Jadual 6
atau
Bahagian 1
Jadual 7”
dengan perkataan “ditentukan oleh Suruhanjaya dalam mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen 377”;
(b)
dalam subperenggan 14(a), dengan menggantikan perkataan “dinyatakan dalam Bahagian I Jadual 6 atau Bahagian I Jadual 7” dengan perkataan
“ditentukan oleh Suruhanjaya dalam mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen 377”; dan
(c)
dalam perenggan 27, dengan menggantikan perkataan “dinyatakan dalam
Bahagian I Jadual 6 atau 7” dengan perkataan “ditentukan oleh
Suruhanjaya dalam mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen 377”.
3
Penggantian Jadual 6 3.
Akta ibu dipinda dengan menggantikan Jadual 6 dengan jadual yang berikut:
“JADUAL 6
[Seksyen 229]
Tawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali
Bagi maksud perenggan 229(1)(a), suatu tawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali hendaklah—
(a)
suatu tawaran atau pelawaan kepada pelabur sofistikated sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya dalam mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen 377; dan
(b)
apa-apa jenis tawaran atau pelawaan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian I dan Bahagian II.
Bahagian I
Jenis tawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali yang lain
1.
Suatu tawaran atau pelawaan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa penjualan unit dalam suatu skim unit amanah, skim persaraan swasta atau skim pelaburan ditetapkan oleh wakil peribadi, pelikuidasi, penerima atau pemegang amanah dalam kebankrapan atau pelikuidasian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam perjalanan biasa merealisasi aset.
2.
Semua dagangan sekunder dalam sekuriti yang dilaksanakan di pasaran saham suatu bursa saham atau bursa sekuriti yang lain di Labuan atau di luar Malaysia sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya.
3.
Suatu tawaran atau pelawaan sekuriti yang dibuat atau dijamin oleh
Kerajaan Persekutuan, mana-mana Kerajaan Negeri atau Bank Negara.
4
4.
Suatu tawaran atau pelawaan dibuat menurut suatu tawaran pengambilalihan yang mematuhi undang-undang yang berkaitan yang terpakai bagi tawaran itu.
5.
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), semua dagangan sekunder dalam debentur atau sukuk.
(2)
Dalam hal dagangan sekunder dalam debentur atau sukuk yang melibatkan pelabur runcit, subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai jika—
(a)
suatu prospektus telah diterbitkan pada terbitan utama; atau
(b)
debentur atau sukuk itu mematuhi kehendak garis panduan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya berhubung dengan
Rangka Kerja Bon Sedia Ada.
6.
Suatu tawaran atau pelawaan berkenaan dengan debentur atau sukuk yang mematuhi kehendak garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya berhubung dengan Rangka Kerja Penerbit Berkelayakan.
7.
Suatu tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada pekerja atau pengarah suatu perbadanan atau perbadanan berkaitannya menurut suatu skim syer pekerja atau skim opsyen syer pekerja.
8.
Suatu tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada mana-mana pemiutang atau pemegang sekuriti suatu syarikat yang sedang menjalani suatu skim perkiraan atau kompromi di bawah Akta Syarikat 2016 atau suatu skim penyusunan semula di bawah Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 yang tidak boleh dilepaskan kepada mana-mana orang selain pemiutang atau pemegang sekuriti syarikat itu.
9.
Suatu tawaran atau pelawaan yang dibuat khusus kepada orang di Labuan atau di luar Malaysia.
5
10.
Suatu tawaran atau pelawaan untuk membuat suatu perjanjian penajajaminan atau penajajaminan kecil atau suatu tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada penaja jamin di bawah perjanjian itu.
11.
Suatu tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada seseorang yang memperoleh sekuriti menurut suatu penempatan secara persendirian jika balasan bagi pemerolehan itu adalah tidak kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing bagi setiap transaksi sama ada amaun itu dibayar secara tunai atau selainnya.
12.
Suatu tawaran atau pelawaan yang dibuat oleh atau kepada Perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam
Antarabangsa 2011.
13.
Suatu tawaran atau pelawaan yang dibuat oleh atau kepada
Danamodal Nasional Berhad.
14.
Suatu tawaran atau pelawaan berkenaan dengan sekuriti suatu perbadanan yang dibuat kepada anggota sedia ada dalam suatu syarikat mengikut pengertian di bawah seksyen 457 Akta Syarikat 2016.
15.
Suatu tawaran atau pelawaan berkenaan dengan sekuriti suatu perbadanan atau skim unit amanah yang diterima masuk di suatu bursa sekuriti di Labuan atau di luar Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, yang dibuat kepada pemegang sekuriti perbadanan itu atau skim unit amanah sedia ada melalui suatu terbitan hak, dengan syarat bahawa, dalam hal suatu terbitan hak yang boleh dilepaskan, tawaran atau pelawaan itu telah disertakan dengan suatu prospektus atau dokumen penzahiran yang diluluskan atau didaftarkan oleh atau diserah simpan dengan pihak berkuasa di Labuan atau di luar Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menjalankan fungsi yang bersamaan dengan fungsi Suruhanjaya.
6
16.
Suatu tawaran atau pelawaan berkenaan dengan sekuriti suatu perbadanan yang dibuat kepada pemegang sekuriti sedia ada perbadanan itu melalui suatu terbitan hak yang tidak boleh dilepaskan atau suatu terbitan hak yang boleh dilepaskan yang hanya memihak kepada anggota atau pemegang sekuriti sedia ada itu.
17.
Suatu tawaran atau pelawaan berkenaan dengan syer suatu syarikat persendirian.
18.
Suatu tawaran atau pelawaan jika tiada balasan, sama ada secara tunai atau selainnya, diberikan atau akan diberikan bagi tawaran atau pelawaan itu.
Bahagian II
Pasaran alternatif
19.
Suatu tawaran atau pelawaan berkenaan dengan syer suatu perbadanan yang disenaraikan atau diluluskan bagi penyenaraian dan sebut harga di pasaran alternatif bursa saham, dengan syarat bahawa—
(a)
tawaran atau pelawaan itu disertakan dengan suatu prospektus yang didaftarkan oleh bursa saham itu, dan prospektus itu tidak dianggap sebagai suatu memorandum maklumat bagi maksud Akta ini; dan
(b)
tawaran atau pelawaan itu mematuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang boleh dinyatakan dalam kehendak penyenaraian.
20.
Suatu penyenaraian permulaan syer suatu perbadanan di pasaran alternatif bursa saham, dengan syarat bahawa—
(a)
penyenaraian permulaan itu disertakan dengan suatu prospektus yang didaftarkan oleh bursa saham itu, dan prospektus itu tidak dianggap sebagai suatu memorandum maklumat bagi maksud Akta ini; dan 7
(b)
penyenaraian permulaan itu mematuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang boleh dinyatakan dalam kehendak penyenaraian.
Bahagian III
Ketidakpakaian
21.
Seksyen 232, 233, 234, 235, 236, 237, 238, 239, 240, 241 dan 244 tidak terpakai bagi suatu tawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali kepada pelabur sofistikated sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya dalam mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen 377 dan suatu tawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali di bawah Bahagian I Jadual ini.
22.
Seksyen 232, 233, 234, 235, 237, 238, 239, 240, 241 dan 244 tidak terpakai bagi suatu tawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali di bawah Bahagian II
Jadual ini.”.
Penggantian Jadual 7 4.
Akta ibu dipinda dengan menggantikan Jadual 7 dengan jadual yang berikut:
“JADUAL 7
[Seksyen 230]
Terbitan terkecuali
Bagi maksud perenggan 230(1)(a), terbitan terkecuali hendaklah—
(a)
suatu terbitan kepada pelabur sofistikated sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya dalam mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen 377; dan
(b)
apa-apa jenis terbitan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian I dan Bahagian II.
8
Bahagian I
Jenis terbitan terkecuali yang lain
1.
Suatu terbitan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa penjualan unit dalam suatu skim unit amanah, skim persaraan swasta atau skim pelaburan ditetapkan oleh wakil peribadi, pelikuidasi, penerima atau pemegang amanah dalam kebankrapan atau pelikuidasian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam perjalanan biasa merealisasikan aset.
2.
Semua perdagangan sekunder dalam sekuriti yang dilaksanakan di pasaran saham suatu bursa saham atau bursa sekuriti yang lain di Labuan atau di luar Malaysia sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya.
3.
Suatu terbitan sekuriti yang dibuat atau dijamin oleh Kerajaan Persekutuan, mana-mana Kerajaan Negeri atau Bank Negara.
4.
Suatu terbitan berkenaan dengan sekuriti yang diperoleh menurut suatu tawaran pengambilalihan yang mematuhi undang-undang yang berkaitan yang terpakai bagi tawaran itu.
5.
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), semua perdagangan sekunder dalam debentur atau sukuk.
(2)
Dalam hal perdagangan sekunder dalam debentur atau sukuk yang melibatkan pelabur runcit, subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai jika—
(a)
suatu prospektus telah diterbitkan pada terbitan utama; atau
(b)
debentur atau sukuk itu mematuhi kehendak garis panduan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya berhubung dengan
Rangka Kerja Bon Sedia Ada.
9
6.
Suatu terbitan debentur atau sukuk yang mematuhi kehendak garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya berhubung dengan Rangka Kerja Penerbit
Berkelayakan.
7.
Suatu terbitan berkenaan dengan sekuriti yang diperoleh oleh pekerja atau pengarah suatu perbadanan atau perbadanan berkaitannya menurut suatu skim syer pekerja atau skim opsyen syer pekerja.
8.
Suatu terbitan yang dibuat kepada mana-mana pemiutang atau pemegang sekuriti suatu syarikat yang sedang menjalani suatu skim perkiraan atau kompromi di bawah Akta Syarikat 2016 atau suatu skim penyusunan semula di bawah
Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 yang tidak boleh dilepaskan kepada mana-mana orang selain pemiutang atau pemegang sekuriti syarikat itu.
9.
Suatu terbitan yang dibuat khusus kepada orang di Labuan atau di luar Malaysia.
10.
Suatu terbitan yang dibuat kepada penaja jamin di bawah perjanjian penajajaminan atau penajajaminan kecil.
11.
Suatu terbitan yang dibuat kepada seseorang yang memperoleh sekuriti menurut suatu penempatan secara persendirian jika balasan bagi pemerolehan itu adalah tidak kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau sama nilainya dalam mata wang asing bagi setiap transaksi sama ada amaun itu dibayar secara tunai atau selainnya.
12.
Suatu terbitan yang dibuat oleh atau kepada Perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam
Antarabangsa 2011.
13.
Suatu terbitan yang dibuat oleh atau kepada Danamodal Nasional Berhad.
10
14.
Suatu terbitan sekuriti suatu perbadanan yang dibuat kepada anggota sedia ada dalam suatu syarikat mengikut pengertian seksyen 457
Akta Syarikat 2016.
15.
Suatu terbitan berkenaan dengan sekuriti suatu perbadanan atau skim unit amanah yang diterima masuk di bursa sekuriti di Labuan atau di luar Malaysia sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya, yang dibuat kepada pemegang sekuriti sedia ada perbadanan itu atau skim unit amanah itu melalui suatu terbitan hak, dengan syarat bahawa, dalam hal suatu hak yang boleh dilepaskan, terbitan itu telah disertakan dengan suatu prospektus atau dokumen penzahiran yang diluluskan atau didaftarkan oleh atau diserah simpan dengan pihak berkuasa di Labuan atau di luar Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menjalankan fungsi yang bersamaan dengan fungsi Suruhanjaya.
16.
Suatu terbitan berkenaan dengan sekuriti suatu perbadanan yang dibuat kepada pemegang sekuriti sedia ada perbadanan itu melalui suatu terbitan hak yang tidak boleh dilepaskan atau suatu terbitan hak yang boleh dilepaskan yang hanya memihak kepada pemegang sekuriti sedia ada itu.
17.
Suatu terbitan berkenaan dengan syer suatu syarikat persendirian.
18.
Suatu terbitan sekuriti jika tiada balasan, sama ada secara tunai atau selainnya, diberikan atau akan diberikan bagi terbitan sekuriti itu.
19.
Suatu terbitan sekuriti oleh suatu perbadanan menurut perjalanan suatu opsyen, waran atau hak langganan boleh pindah, yang berkenaan dengannya suatu prospektus yang telah didaftarkan di bawah Akta ini atau berkenaan dengannya sekuriti yang opsyen, waran atau hak langganan boleh pindah itu ubah ialah sekuriti tersenarai.
20.
Suatu terbitan syer oleh suatu perbadanan menurut peruntukan yang terkandung dalam suatu nota boleh tukar, sama ada nota itu diterbitkan oleh perbadanan itu atau oleh perbadanan lain, yang berkenaan dengannya suatu prospektus telah
11
didaftarkan di bawah Akta ini atau yang berkenaan dengannya syer yang nota itu ubah ialah syer tersenarai.
21.
Suatu terbitan berkenaan dengan syer atau unit dalam suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang diterbitkan untuk menjelaskan dividen atau pengagihan yang kena dibayar oleh penerbit kepada pemegang syer sedia ada atau unit sedia ada yang diterbitkan menurut suatu prospektus.
22.
Suatu terbitan bonus sekuriti yang dibuat oleh suatu perbadanan, skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan.
Bahagian II
Pasaran alternatif
23.
Suatu terbitan berkenaan dengan syer suatu perbadanan yang disenaraikan atau diluluskan bagi penyenaraian dan sebut harga di pasaran alternatif bursa saham, dengan syarat bahawa—
(a)
terbitan itu disertakan dengan suatu prospektus yang didaftarkan oleh bursa saham itu, dan prospektus itu tidak dianggap sebagai suatu memorandum maklumat bagi maksud Akta ini; dan
(b)
terbitan itu mematuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang boleh dinyatakan dalam kehendak penyenaraian.
24.
Suatu penyenaraian permulaan syer suatu perbadanan di pasaran alternatif bursa saham, dengan syarat bahawa—
(a)
penyenaraian permulaan itu disertakan dengan suatu prospektus yang didaftarkan oleh bursa saham itu, dan prospektus itu tidak dianggap sebagai suatu memorandum maklumat bagi maksud Akta ini; dan 12
(b)
penyenaraian permulaan itu mematuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang boleh dinyatakan dalam kehendak penyenaraian.
Bahagian III
Ketidakpakaian
25.
Seksyen 232, 233, 234, 235, 236, 237, 238, 239, 240, 241 dan 244 tidak terpakai bagi suatu terbitan terkecuali kepada pelabur sofistikated sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya dalam mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen 377 dan suatu terbitan terkecuali di bawah Bahagian I
Jadual ini.
26.
Seksyen 232, 233, 234, 235, 237, 238, 239, 240, 241 dan 244 tidak terpakai bagi suatu terbitan terkecuali di bawah Bahagian II Jadual ini.”.
Dibuat 2 Februari 2024
[GC(LR)1/2024(290)CMSA (A) of Schedules 5, 6 and 7) Order 2024; PN(PU2)662/JLD. 15]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Menteri Kewangan Kedua
13
CAPITAL MARKETS AND SERVICES ACT 2007
CAPITAL MARKETS AND SERVICES (AMENDMENT OF SCHEDULES 5, 6 AND 7)
ORDER 2024
IN exercise of the powers conferred by subsection 380(1) of the Capital Markets and Services Act 2007 [Act 671], the Minister, on the recommendation of the Commission, makes the following order:
Citation and commencement 1.
(1)
This order may be cited as the Capital Markets and Services
(Amendment of Schedules 5, 6 and 7) Order 2024.
(2)
This Order comes into operation on 5 February 2024.
Amendment of Schedule 5 2.
The
Capital
Markets and
Services
Act 2007, which is referred to as the “principal Act” in this Order, is amended in Schedule 5—
(a)
in subparagraph 1(a), by substituting for the words “specified in
Part I of Schedule 6 or Part I of Schedule 7” the words “determined by the Commission in any guidelines issued under section 377”;
(b)
in subparagraph 14(a), by substituting for the words “specified in
Part I of Schedule 6 or Part I of Schedule 7” the words “determined by the Commission in any guidelines issued under section 377”; and
(c)
in paragraph 27, by substituting for the words “specified in Part I of
Schedule 6 or Schedule 7” the words “determined by the Commission in any guidelines issued under section 377”.
14
Substitution of Schedule 6 3.
The principal Act is amended by substituting for Schedule 6 the following schedule:
“SCHEDULE 6
[Section 229]
Excluded offers or excluded invitations
For the purposes of paragraph 229(1)(a), an excluded offer or excluded invitation shall be—
(a)
an offer or invitation to a sophisticated investor as determined by the Commission in any guidelines issued under section 377; and
(b)
any other type of offer or invitation as specified in Part I and Part II.
Part I
Other types of excluded offers or excluded invitations
1.
An offer or invitation made in respect of any sale of units in a unit trust scheme, private retirement scheme or prescribed investment scheme by a personal representative, liquidator, receiver or trustee in bankruptcy or liquidation, as the case may be, in the normal course of realization of assets.
2.
All secondary trades in securities effected on a stock market of a stock exchange or such other securities exchange in Labuan or outside Malaysia as may be determined by the Commission.
3.
An offer or invitation of securities made or guaranteed by the Federal Government, any State Government or Bank Negara.
15
4.
An offer or invitation made pursuant to a take-over offer which complies with the relevant law applicable to such offers.
5.
(1)
Subject to subparagraph (2), all secondary trades in debentures or sukuk.
(2)
In the case of secondary trade in debentures or sukuk involving retail investors, subparagraph (1) shall only apply if—
(a)
a prospectus has been issued at the primary issuance; or
(b)
the debenture or sukuk complies with the requirements of the guidelines issued by the Commission in relation to the
Seasoned Bond Framework.
6.
An offer or invitation in respect of debentures or sukuk that complies with the requirements of the guidelines issued by the Commission in relation to the Qualified Issuer Framework.
7.
An offer or invitation made to employees or directors of a corporation or its related corporation pursuant to an employee share scheme or employee share option scheme.
8.
An offer or invitation made to any creditor or holder of securities of a company undergoing a scheme of arrangement or compromise under the
Companies Act 2016 or a restructuring scheme under the Pengurusan Danaharta
Nasional Berhad Act 1998 which may not be renounced to any person other than a creditor or holder of securities of the company.
9.
An offer or invitation made exclusively to persons in Labuan or outside Malaysia.
10.
An offer or invitation to enter into an underwriting or subunderwriting agreement or an offer or invitation made to an underwriter under such agreement.
16
11.
An offer or invitation made to a person who acquires securities pursuant to a private placement where the consideration for the acquisition is not less than two hundred and fifty thousand ringgit or its equivalent in foreign currencies for each transaction whether such amount is paid for in cash or otherwise.
12.
An offer or invitation made by or to the Corporation as defined in the International Islamic Liquidity Management Corporation Act 2011.
13.
An offer or invitation made by or to Danamodal Nasional Berhad.
14.
An offer or invitation in respect of securities of a corporation made to existing members of a company within the meaning under section 457 of the Companies Act 2016.
15.
An offer or invitation in respect of securities of a corporation or unit trust scheme having gained admission on a securities exchange in Labuan or outside Malaysia as determined by the Commission, made to existing securities holders of such corporation or unit trust scheme by means of a rights issue, provided that, in the case of a renounceable rights issue, such offer or invitation has been accompanied by a prospectus or disclosure document approved or registered by or lodged with the authority in Labuan or outside Malaysia, as the case may be, which exercises functions corresponding to the functions of the Commission.
16.
An offer or invitation in respect of securities of a corporation made to existing securities holders of the corporation by means of a non-renounceable rights issue or a rights issue which is renounceable in favour of the existing members or securities holders only.
17.
An offer or invitation in respect of shares of a private company.
18.
An offer or invitation where no consideration, whether in cash or otherwise, is or will be given for the offer or invitation.
17
Part II
Alternative market
19.
An offer or invitation in respect of shares of a corporation that are listed or approved for listing and quotation on the alternative market of a stock exchange, provided that—
(a)
the offer or invitation is accompanied with a prospectus which is registered by the stock exchange, and the prospectus shall not be considered as an information memorandum for purposes of this Act; and
(b)
the offer or invitation complies with any other requirements as may be specified in the listing requirements.
20.
An initial listing of shares of a corporation on the alternative market of a stock exchange, provided that—
(a)
the initial listing is accompanied with a prospectus which is registered by the stock exchange, and the prospectus shall not be considered as an information memorandum for the purposes of this Act; and
(b)
the initial listing complies with any other requirements as may be specified in the listing requirements.
Part III
Non-application
21.
Sections 232, 233, 234, 235, 236, 237, 238, 239, 240, 241 and 244 shall not apply to an excluded offer or excluded invitation to a sophisticated investor as determined by the Commission in any guidelines issued under section 377 and an excluded offer or excluded invitation under Part I of this Schedule.
18
22.
Sections 232, 233, 234, 235, 237, 238, 239, 240, 241 and 244 shall not apply to an excluded offer or excluded invitation under Part II of this Schedule.”.
Substitution of Schedule 7 4.
The principal
Act is amended by substituting for
Schedule 7
the following schedule:
“SCHEDULE 7
[Section 230]
Excluded issues
For the purposes of paragraph 230(1)(a), an excluded issue shall be—
(a)
an issue to a sophisticated investor as determined by the Commission in any guidelines issued under section 377; and
(b)
any other type of issue as specified in Part I and Part II.
Part I
Other types of excluded issue
1.
An issue made in respect of any sale of units in a unit trust scheme, private retirement scheme or prescribed investment scheme by a personal representative, liquidator, receiver or trustee in bankruptcy or liquidation, as the case may be, in the normal course of realization of assets.
2.
All secondary trades in securities effected on a stock market of a stock exchange or such other securities exchange in Labuan or outside Malaysia as may be determined by the Commission.
3.
An issue of securities made or guaranteed by the Federal Government, any State Government or Bank Negara.
19
4.
An issue in respect of securities which are acquired pursuant to a take-over offer which complies with the relevant law applicable to such offers.
5.
(1)
Subject to subparagraph (2), all secondary trades in debentures or sukuk.
(2)
In the case of secondary trade in debentures or sukuk involving retail investors, subparagraph (1) shall only apply if—
(a)
a prospectus has been issued at the primary issuance; or
(b)
the debenture or sukuk complies with the requirements of the guidelines issued by the Commission in relation to the Seasoned Bond Framework.
6.
An issue of debentures or sukuk that complies with the requirements of the guidelines issued by the Commission in relation to the Qualified Issuer
Framework.
7.
An issue in respect of securities which are acquired by employees or directors of a corporation or its related corporation pursuant to an employee share scheme or employee share option scheme.
8.
An issue made to any creditor or holder of securities of a company undergoing a scheme of arrangement or compromise under the Companies Act 2016 or a restructuring scheme under the Pengurusan Danaharta Nasional Berhad
Act 1998 which may not be renounced to any person other than a creditor or holder of securities of the company.
9.
An issue made exclusively to persons in Labuan or outside Malaysia.
10.
An issue made to an underwriter under an underwriting or subunderwriting agreement.
20
11.
An issue made to a person who acquires securities pursuant to a private placement where the consideration for the acquisition is not less than two hundred and fifty thousand ringgit or its equivalent in foreign currencies for each transaction whether such amount is paid for in cash or otherwise.
12.
An issue made by or to the Corporation as defined in the International Islamic
Liquidity Management Corporation Act 2011.
13.
An issue made by or to Danamodal Nasional Berhad.
14.
An issue of securities of a corporation made to existing members of a company within the meaning of section 457 of the Companies Act 2016.
15.
An issue in respect of securities of a corporation or unit trust scheme having gained admission on a securities exchange in Labuan or outside Malaysia as may be determined by the Commission, made to existing securities holders of such corporation or unit trust scheme by means of a rights issue, provided that, in the case of a renounceable rights issue, such issue has been accompanied by a prospectus or disclosure document approved or registered by or lodged with the authority in Labuan or outside Malaysia, as the case may be, which exercises functions corresponding to the functions of the Commission.
16.
An issue in respect of securities of a corporation made to existing securities holders of the corporation by means of a non-renounceable rights issue or a rights issue which is renounceable in favour of the existing securities holders only.
17.
An issue in respect of shares of a private company.
18.
An issue of securities where no consideration, whether in cash or otherwise, is or will be given for the issue of such securities.
21
19.
An issue of securities by a corporation pursuant to the exercise of an option, a warrant or a transferable subscription right, in respect of which a prospectus has been registered under this Act or in respect of which the securities to which the option, warrant or transferable subscription right converts into are listed securities.
20.
An issue of shares by a corporation pursuant to a provision contained in a convertible note, whether the note was issued by that corporation or by another corporation, in respect of which a prospectus has been registered under this Act or in respect of which the shares to which the note converts into are listed shares.
21.
An issue in respect of shares or units in a unit trust scheme or prescribed investment scheme, whether inside or outside Malaysia, which are issued in satisfaction of dividends or distributions payable by the issuer to the holders of existing shares or units that were issued pursuant to a prospectus.
22.
A bonus issue of securities made by a corporation, unit trust scheme or prescribed investment scheme.
Part II
Alternative market
23.
An issue in respect of shares of a corporation that are listed or approved for listing and quotation on the alternative market of a stock exchange, provided that—
(a)
the issue is accompanied with a prospectus which is registered by the stock exchange, and the prospectus shall not be considered as an information memorandum for the purposes of this Act; and
(b)
the issue complies with any other requirements as may be specified in the listing requirements.
22
24.
An initial listing of shares of a corporation on the alternative market of a stock exchange, provided that—
(a)
the initial listing is accompanied with a prospectus which is registered by the stock exchange, and the prospectus shall not be considered as an information memorandum for the purposes of this Act; and
(b)
the initial listing complies with any other requirements as may be specified in the listing requirements.
Part III
Non-application
25.
Sections 232, 233, 234, 235, 236, 237, 238, 239, 240, 241 and 244 shall not apply to an excluded issue to a sophisticated investor as determined by the
Commission in any guidelines issued under section 377 and an excluded issue under Part I of this Schedule.
26.
Sections 232, 233, 234, 235, 237, 238, 239, 240, 241 and 244 shall not apply to an excluded issue under Part II of this Schedule.”.
Made 2 February 2024
[GC(LR)1/2024(290)CMSA (A) of Schedules 5, 6 and 7) Order 2024; PN(PU2)662/JLD. 15]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Second Minister of Finance