Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Perintah ini adalah terbatal dengan serta-merta ke atas mana-mana orang yang disenaraikan dalam Jadual sekiranya−
(a)
orang itu telah didaftarkan sebagai “pelarian” oleh Suruhanjaya Tinggi
Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian;
(b)
orang itu telah diuruskan untuk dihantar pulang ke negara asalnya;
(c)
orang itu didapati terlibat dalam apa-apa kegiatan jenayah atau telah dituduh di mana-mana mahkamah di Malaysia;
(d)
orang itu didapati terlibat dalam apa-apa aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia; dan
(e)
orang itu telah disenaraikan sebagai imigran larangan di bawah subseksyen 8(1) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].
Beban pembuktian