Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Menteri mengecualikan semua atlet, pegawai sukan dan pegawai teknikal luar negara yang terlibat dalam Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017
daripada kehendak visa di bawah subseksyen 2(1) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
atlet, pegawai sukan dan pegawai teknikal luar negara itu hendaklah memiliki pasport yang sah dengan tempoh kesahan yang tidak kurang daripada enam bulan;
(b)
atlet, pegawai sukan dan pegawai teknikal luar negara itu hendaklah dikeluarkan Pas Lawatan (Sosial) yang sah hingga 30 September 2017;
(c)
atlet, pegawai sukan dan pegawai teknikal luar negara itu bukan imigran yang dilarang yang dinyatakan di bawah subseksyen 8(3)
Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155];
P.U. (A) 232 3
(d)
atlet, pegawai sukan dan pegawai teknikal luar negara itu hendaklah diperakukan oleh pihak berkuasa sukan negara masing-masing; dan
(e)
atlet, pegawai sukan dan pegawai teknikal luar negara itu hendaklah memasuki dan keluar dari Malaysia hanya melalui lapangan terbang yang dibenarkan dan pos kawalan imigresen seperti yang berikut:
(i)
melalui udara —
(A)
U02 Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi,
Kedah;
(B)
U05 Lapangan Terbang Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau
Pinang;
U12A Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang;
(D)
U17 Lapangan Terbang Kuching, Bahagian Pertama,
Sarawak; atau
(E)
U29 Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah; atau
(ii)
melalui darat —
(A)
D01 Padang Besar, Perlis;
D06 Bukit Kayu Itam, Changloon, Kedah;
D11 Tambak Johor, Johor Bahru, Johor; atau
(D)
D12A Pos Kawalan Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar,
Tanjung Kupang, Johor.
P.U. (A) 232 4
Dibuat 14 Ogos 2017
[KDN.IM.S.600-1/3/11 JLD2; PN(PU2)482/II]
DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Menteri Dalam Negeri
P.U. (A) 232 5
PASSPORTS ACT 1966
PASSPORTS (EXEMPTION OF VISA TO FOREIGN ATHLETES, SPORTS OFFICERS AND
TECHNICAL OFFICERS IN THE SEA GAMES AND PARA ASEAN GAMES
KUALA LUMPUR 2017) ORDER 2017