Seksyen 2
Pengecualian
of Perintah Pasport (Pengecualian Visa Kepada Ekspatriat Warganegara India) 2019
Menteri mengecualikan ekspatriat yang merupakan warganegara India yang bekerja di luar India kecuali di Singapura daripada kehendak visa di bawah subseksyen 2(1) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
ekspatriat itu hendaklah berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik yang disediakan oleh Ketua Pengarah dan pendaftaran itu boleh dibuat—
(i)
oleh ekspatriat itu sendiri; atau
(ii)
bagi pihak ekspatriat itu, oleh agensi pelancongan di India yang berdaftar dengan Pejabat Perwakilan Malaysia di India;
(b)
ekspatriat itu hendaklah melakukan perjalanan ke Malaysia dalam tempoh tiga bulan selepas dia berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik;
3
(c)
tempoh lawatan ekspatriat itu terhad kepada lima belas hari sahaja dan tidak boleh dilanjutkan;
(d)
ekspatriat itu hendaklah memasuki dan keluar dari Malaysia hanya melalui lapangan terbang yang dibenarkan sebagaimana yang diwartakan di bawah subseksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] atau melalui pos kawalan imigresen seperti yang berikut:
(i)
D11 Bangunan Sultan Iskandar, Johor;
(ii)
D12A
Pos
Kawalan
Imigresen
Kompleks
Sultan
Abu
Bakar,
Tanjung Kupang, Johor;
(iii)
D01 Padang Besar, Perlis;
(iv)
D06 Bukit Kayu Itam, Changloon, Kedah;
(v)
D20 Sungai Tujoh, Miri, Sarawak; atau
(vi)
D22A Pos Kawalan Imigresen Tedungan, Daerah Batu Danau Limbang,
Bahagian Kelima, Sarawak;
(e)
ekspatriat itu tidak dibenarkan memohon apa-apa pas lain di bawah
Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 [L.N. 228/1963];
(f)
ekspatriat itu hendaklah mempunyai tiket penerbangan perjalanan balik terus ke India atau tiket penerbangan perjalanan ke mana-mana negara jika ekspatriat itu melakukan perjalanan melalui udara;
(g)
ekspatriat itu hendaklah mengemukakan maklumat pekerjaan, bidang perniagaan, profesional atau teknikal, dan pas jangka panjang dari mana-mana negara tempat ekspatriat itu bekerja;
4
(h)
ekspatriat itu hendaklah, semasa ketibaan, mengemukakan bukti bahawa dia mempunyai wang poket yang mencukupi, kad kredit atau kad bank, dan mengemukakan jadual perjalanannya di Malaysia; dan
(i)
ekspatriat itu dibenarkan untuk mendaftar semula sebagaimana dalam subperenggan (a) untuk memasuki Malaysia selepas tempoh tiga bulan dari tarikh dia meninggalkan Malaysia.
Dibuat 2 Januari 2019
[KDN.IM.S.600-1/3/30 JLD 8; PN(PU2)482/II]
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Menteri Dalam Negeri
5
PASSPORTS ACT 1966
PASSPORTS (EXEMPTION OF VISA TO EXPATRIATE WHO IS CITIZEN
OF INDIA) ORDER 2019