Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PASPORT (PENGECUALIAN VISA KEPADA PELANCONG WARGANEGARA INDIA) 2018
Seksyen 2
Menteri mengecualikan pelancong yang merupakan warganegara India daripada kehendak visa di bawah subseksyen 2(1) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
pelancong itu hendaklah berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik yang disediakan oleh Ketua Pengarah dan pendaftaran itu boleh dibuat—
(i)
oleh pelancong itu sendiri; atau
(ii)
bagi pihak pelancong itu, oleh agensi pelancongan di India yang berdaftar dengan Pejabat Perwakilan Malaysia di India;
(b)
pelancong itu hendaklah melakukan perjalanan ke Malaysia dalam tempoh tiga bulan selepas dia berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik;
3
(c)
tempoh lawatan pelancong itu terhad kepada lima belas hari sahaja dan tidak boleh dilanjutkan;
(d)
pelancong itu hendaklah memasuki dan keluar dari Malaysia hanya melalui lapangan terbang yang dibenarkan atau pos kawalan imigresen seperti yang berikut:
(i)
melalui udara—
(A)
U12A Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang;
(B)
U05 Lapangan Terbang Pulau Pinang, Bayan Lepas,
Pulau Pinang;
U15 Lapangan Terbang Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor;
U17 Lapangan Terbang Kuching, Bahagian Pertama,
Sarawak;
(E)
U29 Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah;
U02 Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi,
Kedah;
(G)
U14 Lapangan Terbang Melaka, Batu Berendam, Melaka;
(H)
U16 Lapangan Terbang Labuan, Wilayah Persekutuan; atau
(I)
U23 Lapangan Terbang Miri, Bahagian Keempat, Sarawak; atau 4
(ii)
melalui darat—
(A)
D11 Bangunan Sultan Iskandar, Johor;
(B)
D12A Pos Kawalan Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar,
Tanjung Kupang, Johor;
(C)
D01 Padang Besar, Perlis;
(D)
D06 Bukit Kayu Itam, Changloon, Kedah;
(E)
D20 Sungai Tujoh, Miri, Sarawak; atau
(F)
D22A Pos Kawalan Imigresen Tedungan, Daerah Batu Danau
Limbang, Bahagian Kelima, Sarawak;
(e)
pelancong itu tidak dibenarkan untuk memohon apa-apa pas lain di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 [L.N. 228/1963];
(f)
pelancong itu hendaklah menaiki penerbangan terus dari India ke Malaysia atau memasuki Malaysia melalui Singapura, Thailand atau
Brunei, dan mempunyai tiket penerbangan balik terus ke India, atau melalui Singapura, Thailand atau Brunei jika pelancong itu melakukan perjalanan melalui udara;
(g)
pelancong itu hendaklah, semasa ketibaan, mengemukakan bukti bahawa dia mempunyai wang poket yang mencukupi, kad kredit atau kad bank dan mengemukakan jadual perjalanannya di Malaysia; dan
(h)
pelancong itu dibenarkan untuk mendaftar semula sebagaimana dalam subperenggan (a) untuk memasuki Malaysia selepas tempoh tiga bulan dari tarikh dia meninggalkan Malaysia.
5
Dibuat 1 April 2018
[KDN.IM.S.100-1/3/30 JLD 6; PN(PU2)482/II]
DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Menteri Dalam Negeri
6
PASSPORTS ACT 1966
PASSPORTS (EXEMPTION OF VISA TO TOURIST WHO IS CITIZEN
OF INDIA) ORDER 2018