Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PASPORT (PENGECUALIAN VISA KEPADA PELANCONG WARGANEGARA INDIA) 2019

Seksyen 2

Menteri mengecualikan pelancong yang merupakan warganegara India daripada kehendak visa di bawah subseksyen 2(1) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

pelancong itu hendaklah berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik yang disediakan oleh Ketua Pengarah dan pendaftaran itu boleh dibuat—

(i)

oleh pelancong itu sendiri; atau

(ii)

bagi pihak pelancong itu, oleh agensi pelancongan di India yang berdaftar dengan Pejabat Perwakilan Malaysia di India;

(b)

pelancong itu hendaklah melakukan perjalanan ke Malaysia dalam tempoh tiga bulan selepas dia berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik;

3

(c)

tempoh lawatan pelancong itu terhad kepada lima belas hari sahaja dan tidak boleh dilanjutkan;

(d)

pelancong itu hendaklah memasuki dan keluar dari Malaysia hanya melalui lapangan terbang yang dibenarkan sebagaimana yang diwartakan di bawah subseksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] atau melalui pos kawalan imigresen seperti yang berikut:

(i)

D11 Bangunan Sultan Iskandar, Johor;

(ii)

D12A

Pos

Kawalan

Imigresen

Kompleks

Sultan

Abu

Bakar,

Tanjung Kupang, Johor;

(iii)

D01 Padang Besar, Perlis;

(iv)

D06 Bukit Kayu Itam, Changloon, Kedah;

(v)

D20 Sungai Tujoh, Miri, Sarawak; atau

(vi)

D22A Pos Kawalan Imigresen Tedungan, Daerah Batu Danau Limbang,

Bahagian Kelima, Sarawak;

(e)

pelancong itu tidak dibenarkan untuk memohon apa-apa pas lain di bawah

Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 [L.N. 228/1963];

(f)

pelancong itu hendaklah mempunyai tiket penerbangan perjalanan balik terus ke India atau tiket penerbangan perjalanan ke mana-mana negara jika pelancong itu melakukan perjalanan melalui udara;

(g)

pelancong itu hendaklah, semasa ketibaan, mengemukakan bukti bahawa dia mempunyai wang poket yang mencukupi, kad kredit atau kad bank dan mengemukakan jadual perjalanannya di Malaysia; dan 4

(h)

pelancong itu dibenarkan untuk mendaftar semula sebagaimana dalam subperenggan (a) untuk memasuki Malaysia selepas tempoh tiga bulan dari tarikh dia meninggalkan Malaysia.

Dibuat 2 Januari 2019

[KDN.IM.S.600-1/3/30 JLD 8; PN(PU2)482/II]

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

Menteri Dalam Negeri

5

PASSPORTS ACT 1966

PASSPORTS (EXEMPTION OF VISA TO TOURIST WHO IS CITIZEN

OF INDIA) ORDER 2019

Section 2 — PERINTAH PASPORT (PENGECUALIAN VISA KEPADA PELANCONG WARGANEGARA INDIA) 2019