Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PASPORT (PENGECUALIAN VISA KEPADA WARGANEGARA MAGHRIBI) 2017

Seksyen 2

Menteri mengecualikan warganegara Maghribi daripada kehendak visa di bawah subseksyen 2(1) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

warganegara Maghribi itu hendaklah memiliki pasport diplomatik, pasport perkhidmatan, pasport khas atau pasport biasa yang sah;

(b)

warganegara Maghribi itu hendaklah dikeluarkan Pas Lawatan (Sosial)

yang sah bagi tempoh sembilan puluh hari bagi setiap kemasukan;

(c)

warganegara Maghribi itu tidak dibenarkan untuk memohon apa-apa pas lain di bawah

Peraturan-Peraturan

Imigresen 1963

[L.N. 228/1963]; dan 3

(d)

warganegara Maghribi itu hendaklah memasuki dan keluar dari Malaysia hanya melalui pos kawalan imigresen, tempat mendarat yang dibenarkan, lapangan terbang yang dibenarkan atau pintu masuk yang dibenarkan sebagaimana yang diwartakan di bawah subseksyen 5(1)

Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].

Dibuat 10 November 2017

[KDN.IM.S.600-8/13/51 (45); PN(PU2)482/II]

DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

Menteri Dalam Negeri

4

PASSPORTS ACT 1966

PASSPORTS (EXEMPTION OF VISA TO CITIZEN OF MOROCCO) ORDER 2017

Section 2 — PERINTAH PASPORT (PENGECUALIAN VISA KEPADA WARGANEGARA MAGHRIBI) 2017