Seksyen 2
Menteri mengecualikan semua pelancong yang merupakan warganegara
of Perintah Pasport (Visa Kepada Pelancong Daripada Republik Rakyat China) (Pengecualian) 2015
Republik Rakyat China daripada keperluan visa yang dikehendaki di bawah subseksyen 2(1) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
pelancong hendaklah didaftarkan melalui Sistem Pendaftaran Pelancong
Berkumpulan oleh agensi pelancongan di Republik Rakyat China yang berdaftar dengan Pejabat Perwakilan Malaysia di Republik Rakyat China;
(b)
pelancong hendaklah memasuki Malaysia dengan kumpulan pelancong yang mengandungi tidak kurang daripada dua puluh orang dan melalui agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia;
(c)
tempoh Pas Lawatan Sosial hanya terhad kepada lima belas hari sahaja bagi setiap kemasukan tanpa apa-apa pelanjutan tempoh;
3
(d)
masuk dan keluar dari Malaysia hanya melalui pintu masuk udara yang dibenarkan seperti yang berikut:
(i)
U21A Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang;
(ii)
U05 Lapangan Terbang Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang;
(iii)
U15 Lapangan Terbang Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor;
(iv)
U17 Lapangan Terbang Kuching, Bahagian Pertama, Sarawak;
(v)
U29 Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah; atau
(vi)
U02 Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi, Kedah;
(e)
pelancong tidak dibenarkan memohon apa-apa pas lain yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 [L.N 228/1963];
(f)
pelancong hendaklah menaiki penerbangan terus dari Republik Rakyat
China ke Malaysia dan mempunyai tiket penerbangan balik; dan
(g)
pelancong hendaklah mengemukakan bukti wang poket yang mencukupi, kad kredit atau kad ATM dengan logo UnionPay dan jadual perjalanan semasa ketibaan.
Dibuat 30 September 2015
[KDN(S):IM 03/208/4 Jld 2; PN(PU2)482]
DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Menteri Dalam Negeri
4
PASSPORT ACT 1966
PASSPORT (VISA TO TOURIST FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA)
(EXEMPTION) ORDER 2015