Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PASPORT (VISA KEPADA PELANCONG DARIPADA REPUBLIK RAKYAT CHINA) (PENGECUALIAN) 2016

Seksyen 2

Menteri mengecualikan semua pelancong yang merupakan warganegara

Republik Rakyat China daripada keperluan visa yang dikehendaki di bawah subseksyen 2(1) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

pelancong hendaklah, melalui Sistem Pendaftaran dan Maklumat

Perjalanan Elektronik, mendaftar sendiri atau didaftarkan oleh agensi pelancongan di Republik Rakyat China yang berdaftar dengan Pejabat

Perwakilan Malaysia di Republik Rakyat China;

(b)

tempoh Pas Lawatan Sosial hanya terhad kepada lima belas hari sahaja bagi setiap kemasukan tanpa apa-apa pelanjutan tempoh;

(c)

masuk dan keluar dari Malaysia hanya melalui pintu masuk udara yang dibenarkan seperti yang berikut:

(i)

U21A Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang;

3

(ii)

U05 Lapangan Terbang Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang;

(iii)

U15 Lapangan Terbang Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor;

(iv)

U17 Lapangan Terbang Kuching, Bahagian Pertama, Sarawak;

(v)

U29 Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah; atau

(vi)

U02 Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi, Kedah;

(d)

pelancong tidak dibenarkan memohon apa-apa pas lain yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 [L.N 228/1963];

(e)

pelancong hendaklah menaiki penerbangan terus dari Republik Rakyat

China ke Malaysia dan mempunyai tiket penerbangan balik; dan

(f)

pelancong hendaklah mengemukakan bukti wang poket yang mencukupi, kad kredit atau kad ATM dengan logo UnionPay dan jadual perjalanan semasa ketibaan.

Pembatalan

Section 2 — PERINTAH PASPORT (VISA KEPADA PELANCONG DARIPADA REPUBLIK RAKYAT CHINA) (PENGECUALIAN) 2016