Seksyen 3
Pengecualian
of Perintah Pasport (Visa Kepada Warganegara Republik Serbia) (Pengecualian) 2015
Menteri mengecualikan semua warganegara Republik Serbia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah daripada keperluan visa yang dikehendaki di bawah subseksyen 2(1) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
tempoh Pas Lawatan Sosial yang diberikan kepada warganegara Republik
Serbia hanya terhad kepada tiga puluh hari bagi setiap kemasukan tanpa apa-apa pelanjutan tempoh;
(b)
warganegara Republik Serbia tidak dibenarkan memohon apa-apa pas lain yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963
[L.N 228/1963]; dan 3
(c)
warganegara Republik Serbia hendaklah masuk dan keluar dari Malaysia hanya melalui pintu masuk yang dibenarkan sebagaimana yang diwartakan di bawah subseksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63
[Akta 155].
Dibuat 23 Disember 2015
[KDN(S):100/938/1-7; PN(PU2)482]
DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Menteri Dalam Negeri
4
PASSPORTS ACT 1966
PASSPORTS (VISA TO THE CITIZEN OF THE REPUBLIC OF SERBIA)
(EXEMPTION) ORDER 2015