Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PENGECUALIAN) 2015

Seksyen 2

Pengecualian levi

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), mana-mana majikan yang telah mendaftar dengan

Perbadanan dalam tempoh dari 1

Jun 2014

hingga 30 November 2014 dikecualikan daripada membayar apa-apa tunggakan levi yang dinyatakan dalam seksyen 14 Akta berkenaan dengan setiap pekerjanya.

(2)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1)―

(a)

terpakai bagi majikan yang―

(i)

dikehendaki untuk mendaftar dengan

Perbadanan di bawah seksyen 13 Akta tetapi tidak berbuat demikian sebelum 1 Jun 2014; dan

(ii)

terlibat dalam mana-mana industri dalam sektor perkilangan atau sektor perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual Pertama kepada Akta setakat 20 April 2014 sebelum Perintah Pembangunan

Sumber Manusia Berhad (Pindaan Jadual Pertama) 2014

[P.U. (A) 110/2014] mula berkuat kuasa; dan

P.U. (A) 16 3

(b)

adalah bagi tempoh yang bermula dari tarikh majikan yang disebut dalam subsubperenggan

(a)

dikehendaki untuk mendaftar dengan Perbadanan di bawah seksyen 13 Akta sehingga tarikh majikan itu mendaftar dalam tempoh pendaftaran yang dinyatakan dalam subperenggan (1).

Dibuat 21 Januari 2015

[KSM/PUU/(S)/600-1/2/19/1; PN(PU2)616/III]

DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM

Menteri Sumber Manusia

P.U. (A) 16 4

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD ACT 2001

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD

(EXEMPTION) ORDER 2015

Section 2 — PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PENGECUALIAN) 2015