Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PENGECUALIAN LEVI) 2015

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2) dan (3), levi yang dinyatakan dalam subseksyen 14(1) Akta dikecualikan berkenaan dengan suatu perusahaan kecil dan sederhana yang berdaftar sebagai majikan di bawah subseksyen 13(1) Akta yang terjejas oleh bencana banjir yang berlaku pada bulan Disember 2014 di Negeri-Negeri

Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah.

(2)

Pengecualian levi di bawah subperenggan (1) tertakluk kepada permohonan bagi pengecualian itu dibuat oleh perusahaan kecil dan sederhana itu kepada Perbadanan sebelum 31 Disember 2015.

(3)

Pengecualian levi di bawah subperenggan (1) adalah bagi tempoh enam bulan bermula dari 1 Februari 2015 hingga 31 Julai 2015.

Dibuat 18 Jun 2015

[KSM/PUU/(S)/600-1/2/19/1; PN(PU2)616/IV]

DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM

Menteri Sumber Manusia

P.U. (A) 131 3

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD ACT 2001

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (EXEMPTION OF LEVY) ORDER 2015

Section 2 — PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PENGECUALIAN LEVI) 2015