Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PENGECUALIAN LEVI) 2018

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), levi yang dinyatakan dalam subseksyen 14(1) dan 15(2) Akta dikecualikan berkenaan dengan perusahaan kecil dan sederhana yang berdaftar sebagai majikan di bawah subseksyen 13(1) dan 15(1)

Akta masing-masing yang—

(a)

terjejas oleh bencana banjir yang berlaku pada bulan Oktober dan

November 2017 di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis; dan

(b)

membuat permohonan bagi pengecualian levi kepada Perbadanan sebelum atau pada 30 Jun 2018.

(2)

Pengecualian levi di bawah subperenggan (1) adalah bagi tempoh enam bulan bermula dari 1 Januari 2018 hingga 30 Jun 2018.

Dibuat 2 Mei 2018

[KSM/PUU/(S)/600-1/2/19/1; PN(PU2)616/IV]

DATO’ SRI (DR) RICHARD RIOT ANAK JAEM

Menteri Sumber Manusia

3

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD ACT 2001

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (EXEMPTION OF LEVY) ORDER 2018

Section 2 — PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PENGECUALIAN LEVI) 2018