Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PENGECUALIAN LEVI) (NO. 4) 2021

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan mana-mana majikan yang Akta ini terpakai baginya dan yang berdaftar dengan Perbadanan yang terjejas dengan pandemik

Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) daripada membayar apa-apa levi yang dinyatakan di bawah seksyen 14 dan 15 Akta berkenaan dengan setiap pekerjanya.

(2)

Pengecualian levi di bawah subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

permohonan bagi pengecualian itu dibuat oleh majikan kepada dan diterima oleh, Perbadanan sebelum 5 Mac 2021; dan

(b)

majikan itu telah menanggung pengurangan dalam keuntungan tahunan lebih daripada tiga puluh peratus berdasarkan penyata kewangan atau laporan kewangan yang terkini dan yang diperaku; atau

P.U. (A) 316 3

(c)

majikan itu sedang menerima insentif terkini yang berhubungan dengan perniagaannya sebagaimana yang diumumkan oleh

Kerajaan Persekutuan pada masa permohonan bagi pengecualian itu dibuat.

Ketidakpakaian

Section 2 — PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PENGECUALIAN LEVI) (NO. 4) 2021