Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Seksyen 3

Kehendak untuk melapor

(1)

Institusi pelapor hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas permulaan kuat kuasa Perintah ini atau permulaan kuat kuasa mana-mana pindaan kepada Jadual Pertama, menentukan bahawa mereka memiliki atau mengawal mana-mana harta yang dipunyai atau dikawal oleh atau bagi pihak mana-mana entiti ditentukan.

(2)

Institusi pelapor hendaklah melaporkan penentuan di bawah subperenggan (1) kepada pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan dalam masa tiga puluh hari selepas penentuan itu dan tiap-tiap enam bulan selepas itu.

(3)

Apa-apa maklumat yang diberikan atau diterima mengikut perenggan ini hendaklah hanya digunakan bagi maksud yang kepadanya ia diberikan atau diterima.

P.U. (A) 93 3

Section 3 — PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014