Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Pindaan Jadual Kedua
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dipinda dalam Jadual Kedua—
(a)
dengan memotong kepala "Akta Pencegahan Rasuah 1997 [Akta 575]" dan butiran yang berhubungan dengannya:
(b)
dengan memasukkan selepas kepala "Akta Institusi Pembangunan Kewangan 2002 [Akta 618]" dan butiran yang berhubungan dengannya kepala dan butiran yang berikut:
KesalahanPerihalanAkta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17]Seksyen 4Urusan dalam emas dan mata wang asingSeksyen 8Pembayaran dalam MalaysiaSeksyen 9Pembayaran di luar MalaysiaSeksyen 10Urusan pampasan
(c)
dengan memasukkan selepas kepala "Akta Penculikan 1961 [Akta 365]" dan butiran yang berhubungan dengannya kepala dan butiran yang berikut:
KesalahanPerihalanAkta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694]Seksyen 16Kesalahan menerima suapanSeksyen 17Kesalahan memberi atau menerima suapan oleh ejenSeksyen 18Kesalahan dengan maksud untuk memperdayakan prinsipal oleh ejenSeksyen 19Penerima atau pemberi suapan melakukan suatu kesalahan tanpa mengambil kira maksud tidak dilaksanakan atau perkara tidak berkaitan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalSeksyen 20Secara rasuah mendapatkan penarikan balik tenderSeksyen 21Penyogokan pegawai badan awam
KesalahanPerihalanAkta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694]Seksyen 22Penyogokan pegawai awam asingSeksyen 23Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapanSeksyen 26Berurusan tentang, menggunakan memegang, menerima atau menyembunyikan suapan atau faedah berhubungan dengan apa-apa kesalahanSeksyen 28Percubaan, persediaan, persubahatan dan komplot jenayah boleh dihukum sebagaimana kesalahan
(d)
dengan memasukkan butiran yang berikut di bawah kepala "Akta Pengurupan Wang 1998 [Akta 577]":
KesalahanPerihalanSeksyen 30Tidak boleh meremit atau memindahkan dana
(e)
dengan memasukkan butiran yang berikut di bawah kepala "Kanun Keseksaan [Akta 574]":
KesalahanPerihalanSeksyen 388Pemerasan dengan cara mengugut hendak menuduh yang seseorang telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bunuh, atau penjara, dsb.Seksyen 405Pecah amanah jenayahSeksyen 469Pemalsuan bagi maksud hendak merosakkan reputasi mana-mana orang
Dibuat 8 September 2009
[BNM.JUN.1125/3603; PN(PU $ ^{2} $ )622/V]
ANTI-MONEY LAUNDERING AND ANTI-TERRORISM FINANCING ACT 2001
ANTI-MONEY LAUNDERING AND ANTI-TERRORISM FINANCING (AMENDMENT OF SECOND SCHEDULE) ORDER 2009